Terkini
UK akan iktiraf negara Palestin kecuali Israel setuju gencatan senjata di Gaza
Published
12 months agoon
- “Matlamat kami tetap sama… sebuah Israel yang selamat dan terjamin, wujud bersama sebuah negara Palestin yang berdaulat dan berdaya maju,” – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer.
- Beliau berkata kerajaan UK sentiasa berhasrat untuk mengiktiraf negara Palestin “sebagai sumbangan kepada proses damai sebenar pada saat yang paling memberi impak untuk penyelesaian dua negara, yang kini “berada dalam ancaman.”
- “Sebagai sebahagian daripada proses ke arah perdamaian ini, saya boleh sahkan bahawa UK akan mengiktiraf negara Palestin dalam Perhimpunan Agung PBB pada bulan September, melainkan kerajaan Israel mengambil langkah yang bermakna untuk menamatkan situasi buruk di Gaza,” katanya.
LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer pada Selasa berkata United Kingdom akan mengiktiraf negara Palestin pada September melainkan Israel mengambil langkah yang signifikan untuk menamatkan “situasi yang mengerikan” di Gaza serta memenuhi syarat-syarat lain.
“Matlamat kami tetap sama – sebuah Israel yang selamat dan terjamin, wujud bersama sebuah negara Palestin yang berdaulat dan berdaya maju,” kata Starmer menurut kenyataan dari Downing Street.
Beliau menegaskan kerajaan UK sentiasa berhasrat untuk mengiktiraf negara Palestin “sebagai sumbangan kepada proses damai yang sebenar pada saat yang paling memberi impak untuk penyelesaian dua negara,” yang menurutnya kini “berada dalam ancaman.”
“Sebagai sebahagian daripada proses ke arah perdamaian ini, saya boleh sahkan bahawa UK akan mengiktiraf negara Palestin dalam Perhimpunan Agung PBB pada bulan September, melainkan kerajaan Israel mengambil langkah yang bermakna untuk menamatkan situasi buruk di Gaza,” katanya.
Pemimpin UK itu turut menyeru agar Israel bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata dan komited terhadap keamanan jangka panjang yang mampan, termasuk menghidupkan kembali harapan untuk penyelesaian dua negara.
Ini, menurut Starmer, merangkumi membenarkan PBB meneruskan penghantaran bantuan kemanusiaan serta memberi jaminan bahawa tiada usaha akan dilakukan untuk menakluki kawasan di Tebing Barat.
Dalam masa yang sama, Starmer mengulangi pendirian tegas kerajaannya terhadap Hamas.
“Pesanan kami kepada Hamas tetap jelas dan tidak berubah. Mereka mesti segera membebaskan semua tebusan, menandatangani gencatan senjata, meletakkan senjata dan menerima bahawa mereka tidak akan memainkan sebarang peranan dalam pemerintahan Gaza,” tegas Starmer.
Di tengah-tengah kebimbangan terhadap kebuluran besar-besaran di Gaza, Starmer turut menyeru agar lebih banyak bantuan disalurkan kepada rakyat Palestin.
“Kita perlu melihat sekurang-kurangnya 500 trak bantuan memasuki Gaza setiap hari. Namun pada akhirnya, satu-satunya cara untuk menamatkan krisis kemanusiaan ini adalah melalui penyelesaian jangka panjang,” katanya dari 10 Downing Street.
Beliau turut menyatakan sokongan kerajaan UK terhadap usaha damai oleh Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar dalam mencapai “gencatan senjata yang penting.”
“Gencatan senjata itu mesti mampan dan mesti membawa kepada pelan damai yang lebih luas, yang kini sedang kami bangunkan bersama rakan antarabangsa,” tambahnya – The Merdeka Times
Berita Lain
-
“Tidak akan ada undang-undang syariah di Burkina Faso” – Traore
-
Usir warga Israel: Ahli Kongres AS mahu bantuan kepada Malaysia bersyarat
-
Calon bebas didakwa 10 hari selepas PRN Negeri Sembilan, Firdaus Wong persoal ‘timing’ SKMM
-
Pelabur gergasi dunia turut terpedaya penyata palsu eFishery – Tengku Zafrul
-
Lesen Network School dibatalkan, Operasi diarah henti mulai 22 Julai
-
“Menggelupur sangat bila kita bersatu” – Akmal Bidas AMK
“Tidak akan ada undang-undang syariah di Burkina Faso” – Traore
Usir warga Israel: Ahli Kongres AS mahu bantuan kepada Malaysia bersyarat
Calon bebas didakwa 10 hari selepas PRN Negeri Sembilan, Firdaus Wong persoal ‘timing’ SKMM
Pelabur gergasi dunia turut terpedaya penyata palsu eFishery – Tengku Zafrul
Lesen Network School dibatalkan, Operasi diarah henti mulai 22 Julai
Lim Guan Eng cadang STPM jadi peperiksaan tunggal kemasukan Universiti Awam
“Tidak akan ada undang-undang syariah di Burkina Faso” – Traore
Pengasas Network School Forest City angkuh ugut tarik pelaburan – Zaid Ibrahim
Lesen Network School dibatalkan, Operasi diarah henti mulai 22 Julai
Kerjasama UMNO-PAS kelirukan rakan, musuh dan rakyat – Dr Tawfik
Kerajaan wajar wujudkan zon tumpuan Rohingya untuk mudahkan pendaftaran, pemantauan – Centhra
Tucker Carlson dakwa Israel mahu hancurkan Eropah
Kumpulan Nasionalis Hindu ganggu perhimpunan doa Kristian di India
Hannah Yeoh Kepada PMX: ‘Anda berhak mendapat terma kedua’
