Connect with us

Terkini

Keadaan di Gaza ‘lebih buruk daripada kem Nazi’: Erdogan

Published

on

Foto: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
  • “Negara pengganas Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap saudara-saudara kita di Gaza, membunuh mereka dengan kejam selama 22 bulan di kawasan seluas 360 kilometer persegi,” – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
  • “Penggunaan kelaparan sebagai senjata oleh Israel terhadap rakyat Palestin adalah bukti paling jelas bahawa mereka tidak punya nilai kemanusiaan,” katanya.

ANKARA – Selepas berbulan-bulan serangan tanpa henti oleh rejim Israel, keadaan di Gaza yang dilanda kebuluran kini “lebih buruk daripada kem Nazi,” dengan rakyat yang kelaparan dan dihalang daripada mendapat air di depan mata dunia, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

“Negara pengganas Israel telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap saudara-saudara kita di Gaza, membunuh mereka dengan kejam selama 22 bulan di kawasan seluas 360 kilometer persegi,” kata Erdogan dalam sidang media bersama Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev di Ankara.

“Penggunaan kelaparan sebagai senjata oleh Israel terhadap rakyat Palestin adalah bukti paling jelas bahawa mereka tidak punya nilai kemanusiaan,” katanya yang dipetik Andolu Anjasi

Menyifatkan situasi kemanusiaan di Gaza sebagai sangat kritikal, Erdogan menyeru semua negara “yang masih punya hati nurani, khususnya negara Islam dan seluruh rakyat dunia” supaya bersuara lantang menentang serangan Israel yang menyebabkan kanak-kanak tidak bersalah terbunuh sama ada akibat kelaparan atau peluru tentera penjajah.

“Kami akan terus melakukan apa sahaja yang perlu dalam hal ini. Insya-Allah, kita akan lihat hari di mana mereka yang melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Gaza akan dibawa ke muka pengadilan dan dicatat dalam sejarah,” tegas Erdogan. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author