Connect with us

Antarabangsa

China didakwa guna sekolah asrama hapus budaya kanak-kanak Uyghur – Laporan

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • China didakwa menggunakan sekolah asrama kendalian kerajaan sebagai alat genosid budaya terhadap kanak-kanak Uyghur di Xinjiang.
  • Dakwaan itu dinyatakan dalam laporan Centre for Uyghur Studies (CUS).
  • Laporan bertajuk “Breaking the Roots” mendedahkan bahawa kanak-kanak seawal usia sekolah rendah dipisahkan secara paksa daripada keluarga dan ditempatkan di sekolah asrama, di mana bahasa Uyghur diharamkan, hubungan kekeluargaan dilemahkan, dan kesetiaan kepada Parti Komunis dipaksakan.

BEIJING – China didakwa menggunakan sekolah asrama kendalian kerajaan sebagai alat genosid budaya terhadap kanak-kanak Uyghur di Xinjiang.

Dakwaan itu dinyatakan dalam laporan Centre for Uyghur Studies (CUS).

Laporan bertajuk “Breaking the Roots” mendedahkan bahawa kanak-kanak seawal usia sekolah rendah dipisahkan secara paksa daripada keluarga dan ditempatkan di sekolah asrama, di mana bahasa Uyghur diharamkan, hubungan kekeluargaan dilemahkan, dan kesetiaan kepada Parti Komunis diserap secara paksa.

CUS menyifatkan tindakan ini sebagai usaha sistematik untuk menghapus identiti, bahasa dan agama masyarakat Uyghur. Ramai ibu bapa dilaporkan ditahan, menyebabkan komunikasi dengan anak-anak terputus sepenuhnya.

CUS menyatakan bahawa dasar asimilasi ini diperhebat selepas peristiwa 11 September 2001 apabila China menggunakan naratif ‘anti-keganasan’ sebagai justifikasi untuk menindas etnik Uyghur. Antara tindakan penindasan tersebut termasuk penghantaran berjuta-juta etnik Han ke Xinjiang, kem tahanan, dan kini sekolah asrama paksa.

Laporan ini menambah kepada kebimbangan antarabangsa mengenai penindasan etnik dan agama di bawah dasar rasmi China di wilayah itu.-The Merdeka Times

Author