Connect with us

Antarabangsa

Israel lulus pelan takluk Gaza secara kekal, lancar serangan besar-besaran

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu
  • Undian keputusan tersebut dibuat beberapa jam selepas tentera Israel mengumumkan bahawa mereka akan menggerakkan puluhan ribu pasukan simpanan bagi memperkuat keupayaan mereka untuk beroperasi di wilayah Palestin yang dikepung itu.
  • Seorang pegawai Israel berkata bahawa rancangan baharu Israel terhadap perang di Gaza melibatkan “penaklukan wilayah dan kekal di sana.”
  • “Tentera Israel akan memindahkan penduduk Palestin ke selatan Gaza sambil melancarkan “serangan hebat” terhadap Hamas, menurut pegawai tersebut.

BAITULMAQDIS – Kabinet keselamatan Israel telah meluluskan untuk memperluas operasi ketenteraan di Gaza dan mewujudkan kerangka kerja baharu bagi penghantaran bantuan kemanusiaan.

Undian keputusan tersebut dibuat beberapa jam selepas tentera Israel mengumumkan bahawa mereka akan menggerakkan puluhan ribu pasukan simpanan bagi memperkuat keupayaan mereka untuk beroperasi di wilayah Palestin yang dikepung itu.

Seorang pegawai Israel berkata kepada CNN bahawa rancangan baharu Israel terhadap perang di Gaza melibatkan “penaklukan wilayah dan kekal di sana.”

“Tentera Israel akan memindahkan penduduk Palestin ke selatan Gaza sambil melancarkan “serangan hebat” terhadap Hamas, menurut pegawai tersebut.

Menurut pegawai-pegawai itu, peluasan peperangan ini akan dilakukan secara berperingkat bagi memberi peluang kepada rundingan gencatan senjata dan pembebasan tebusan sebelum lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke rantau ini pada pertengahan Mei.

Trump dijadualkan melawat Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, dan Qatar minggu hadapan, tetapi buat masa ini tiada perancangan untuk singgah di negara haram, Israel.

Kabinet Israel juga telah membincangkan kebenaran untuk menyambung semula penghantaran bantuan ke Gaza di bawah kerangka kerja baharu yang telah diluluskan, tetapi masih belum dilaksanakan, menurut sumber tersebut.

Sekatan Israel terhadap semua bantuan kemanusiaan ke Gaza kini memasuki minggu kesembilan.

Penyiar awam Israel, Kan 11, melaporkan bahawa satu pertelingkahan telah berlaku dalam mesyuarat Ahad itu berhubung penghantaran semula bantuan, melibatkan dua ahli kabinet sayap kanan ekstrem, Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben Gvir dan Menteri Penempatan, Orit Strook yang menentang sebarang bentuk bantuan.

Manakala, Ketua Turus Tentera Pertahanan Israel (IDF), Leftenan Jeneral Eyal Zamir berhujah bahawa Israel berkewajipan untuk memudahkannya di bawah undang-undang antarabangsa.

Israel menyatakan bahawa mereka memotong kemasukan bantuan kemanusiaan bagi memberi tekanan kepada Hamas untuk membebaskan tebusan.

Namun, pertubuhan antarabangsa menyatakan tindakan Israel melanggar undang-undang antarabangsa dan berisiko mencetuskan kebuluran buatan manusia, dengan sesetengah pihak menuduh Israel menggunakan kelaparan sebagai senjata perang – yang merupakan jenayah perang. – The Merdeka Times.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *