Terkini
Insiden Jalur Gemilang tanpa bulan sabit disengajakan pihak ekstremis – Tun M

- Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau merasakan ada individu ekstremis dan tidak memikirkan tentang sensitiviti kaum-kaum lain yang melakukan perbuatan sedemikian, sementara kita pula menganggap ia satu kesilapan sedangkan ia disengajakan.
- Tun Dr Mahathir berkata perbuatan tidak menyertakan bulan sabit di bendera Malaysia itu disengajakan untuk menunjukkan bahawa tiada simbol Islam dalam bendera negara ini, dengan meninggalkan hanya bintang yang kebanyakan digunakan negara komunis.
- Menurut Tun Dr Mahathir, situasi itu adalah sama dalam kes kalimah Allah yang digunakan di stoking kerana bagi beliau, perbuatan berkenaan juga disengajakan.
- “Kita tahu kita nak pakai stoking di kaki… Macam kita pergi jejak sesuatu dengan kaki. (Jadi) Sengaja letak nama Allah di stoking pasal nak jejak (pijak) tuhan yang orang Islam sembah.” – Tun Mahathir.
KUALA LUMPUR — Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan insiden Jalur Gemilang tanpa bulan sabit dan stoking tertera kalimah Allah yang menjadi kontroversi dalam negara sebelum ini adalah sengaja dilakukan oleh individu yang disifatkan sebagai ekstremis.
Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau merasakan ada individu ekstremis dan tidak memikirkan tentang sensitiviti kaum-kaum lain yang melakukan perbuatan sedemikian, sementara kita pula menganggap ia satu kesilapan sedangkan ia disengajakan.
Tun Dr Mahathir berkata perbuatan tidak menyertakan bulan sabit di bendera Malaysia itu disengajakan untuk menunjukkan bahawa tiada simbol Islam dalam bendera negara ini, dengan meninggalkan hanya bintang yang kebanyakan digunakan negara komunis.
“Bintang ini kita lihat ada negara-negara yang menggunakan bintang sahaja (dalam bendera mereka), termasuk negara komunis dia cuma meletakkan satu bintang besar, empat bintang kecil… Negara komunis semua menggunakan bintang.
“Jadi mungkin ada juga keinginan nak samakan Malaysia ni dengan negara komunis… Bukan tak tahu, tahu. Saya tak boleh terima bahawa mereka tersilap.
“Tak ada, no mistake there. It is deliberate (disengajakan). Nak keluarkan bulan daripada bendera bukan satu perkara yang berlaku tanpa disedari.. Dia dengan sedar (melakukan perbuatan itu),” katanya menerusi klip video pendek daripada petikan PODCAST DR M Episod 5 yang disiar di Facebook kelmarin.
Menurut Tun Dr Mahathir, situasi itu adalah sama dalam kes kalimah Allah yang digunakan di stoking kerana bagi beliau, perbuatan berkenaan juga disengajakan.
“Kita tahu kita nak pakai stoking di kaki… Macam kita pergi jejak (pijak) sesuatu dengan kaki. (Jadi) Sengaja letak nama Allah di stoking pasal nak jejak (pijak) tuhan yang orang Islam sembah.
“Itu semua deliberate (disengajakan). Saya ingat ada orang yang ekstremis, yang tak fikir tentang sensitiviti kaum-kaum lain yang berbuat macam ini dan kita pula kata, oh itu tersilap. Bukan silap. Dia buat sengaja,” katanya.— The Merdeka Times
