Connect with us

Antarabangsa

43 peratus rakyat AS dakwa kewangan bertambah buruk di bawah Presiden Biden

Tinjauan menunjukkan 43 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) merasakan keadaan kewangan keluarga mereka lebih teruk di bawah pemerintahan Presiden Joe Biden berbanding dua tahun lalu. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

43 peratus rakyat AS dakwa kewangan bertambah buruk di bawah Presiden Biden
Foto: Presiden Joe Biden.
  • Menurut tinjauan, 43 peratus rakyat AS mendakwa keadaaan kewangan keluarga mereka lebih teruk di bawah Presiden Joe Biden berbanding dua tahun lalu.
  • Bagaimanapun, 39 peratus berkata, ia kekal sama dalam tempoh dua tahun lalu, manakala 18 peratus pula mendakwa ia lebih baik.
  • 20 peratus berkata,  keadaan kewangan bertambah buruk pada masa pilihan raya 2020 berbanding empat tahun sebelum Trump dipilih.

WASHINGTON – Tinjauan menunjukkan 43 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) merasakan keadaan kewangan keluarga mereka lebih teruk di bawah pemerintahan Presiden Joe Biden berbanding dua tahun lalu. 

Tinjauan diterbitkan ABC News-Washington Post mendapati isu kewangan meningkat dua kali ganda sejak Biden memegang jawatan tahun lalu, menggantikan Donald Trump.

Mereka mendakwa kedudukan kewangan keluarga bertambah buruk tetapi 39 peratus lagi berkata, ia kekal sama dalam tempoh dua tahun lalu, manakala 18 peratus pula mendakwa lebih baik. 

Hanya kira-kira 20 peratus berkata keadaan kewangan bertambah buruk pada masa pilihan raya 2020 berbanding empat tahun sebelum Trump dipilih, menurut tinjauan itu.

Dalam apa yang dipanggil ‘bencana’ untuk Parti Demokrat yang memerintah, inflasi mencapai paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun menjelang pilihan raya pertengahan penggal. 

Laporan yang diterbitkan bulan lalu mengenai inflasi menunjukkan harga di AS meningkat lebih daripada jangkaan awal. 

Data itu lebih buruk daripada apa yang dilihat kerana kerajaan mengecualikan makanan dan petrol daripada kadar inflasi rasmi. 

Rekod tertinggi itu didorong peningkatan keperluan lain seperti penginapan, rawatan perubatan dan pengangkutan.

Laporan itu menandakan berita buruk untuk Biden dan Parti Demokrat yang terdesak untuk mengekalkan kedudukan di Kongres.

Menurut Biden dalam satu kenyataan, inflasi adalah cabaran ekonomi utama dan beliau mempunyai rancangan untuk menurunkan kos penjagaan kesihatan dan tenaga.

Biden berkata rancangan Republikan adalah berbeza di mana mereka ingin meningkatkan kos ubat preskripsi, kos insurans kesihatan dan kos tenaga. 

“Pada masa sama memberikan lebih banyak pelepasan cukai kepada syarikat besar dan orang kaya. 

“Inilah perjanjiannya: memotong cukai korporat dan membenarkan farmasi besar menaikkan harga semula adalah rancangan inflasi Republikan dan ia adalah satu bencana,” kata Biden.

Sumber: Daily Times UK

 

 

Author