Connect with us

Antarabangsa

Rusia gugur pengharaman Taliban selepas dua dekad

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Presiden Russia, Vladimir Putin.
  • Selepas lebih dua dekad, Rusia akhirnya pada Khamis telah menggugurkan larangan terhadap kumpulan Taliban, yang sebelum ini diiktiraf sebagai organisasi pengganas.
  • “Rusia berhasrat membina hubungan yang saling menguntungkan dengan Afghanistan dalam semua bidang, termasuk memerangi dadah dan keganasan,” kata Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan.
  • Moscow turut menyasarkan untuk memperkukuhkan hubungan perdagangan, perniagaan dan pelaburan dengan Kabul, serta memanfaatkan kedudukan strategik Afghanistan bagi projek masa depan dalam bidang tenaga dan infrastruktur.

MOSCOW – Selepas lebih dua dekad, Rusia akhirnya pada Khamis telah menggugurkan larangan terhadap kumpulan Taliban, yang sebelum ini diiktiraf sebagai organisasi pengganas.

Langkah ini adalah pembuka episod baru bagi Moscow untuk menormalisasi hubungan dengan kepimpinan Afghanistan.

Menurut Reuters, tiada negara di dunia setakat ini yang secara rasmi mengiktiraf kerajaan Taliban yang merampas kuasa pada Ogos 2021, selepas pengunduran pasukan pimpinan Amerika Syarikat dari Afghanistan selepas 20 tahun peperangan.

Taliban telah diharamkan oleh Rusia sebagai pergerakan pengganas sejak tahun 2003. Menurut media milik kerajaan, Mahkamah Agung Rusia pada Khamis telah membatalkan larangan tersebut serta-merta.

Rusia melihat keperluan untuk bekerjasama dengan Taliban berikutan ancaman keselamatan yang besar daripada kumpulan militan Islam yang berpangkalan di beberapa negara dari Afghanistan hingga ke Timur Tengah.

“Rusia berhasrat membina hubungan yang saling menguntungkan dengan Afghanistan dalam semua bidang, termasuk memerangi dadah dan keganasan,” kata Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa Moscow berterima kasih kepada Afghanistan atas operasi ketenteraan terhadap cawangan tempatan kumpulan Islamic State (IS).

Moscow turut menyasarkan untuk memperkukuhkan hubungan perdagangan, perniagaan dan pelaburan dengan Kabul, serta memanfaatkan kedudukan strategik Afghanistan bagi projek masa depan dalam bidang tenaga dan infrastruktur. -The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *