Connect with us

Antarabangsa

Sudan : Serangan RSF berasaskan etnik ragut lebih 50 nyawa di Darfur

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB menyatakan bahawa RSF melancarkan serangan darat dan udara secara terancang ke atas el-Fasher serta kem pelarian Zamzam dan Abu Shouk pada Jumaat.
  • Pembunuhan terbaharu di Darfur itu berlaku selepas lebih 100 orang – termasuk 20 kanak-kanak – dilaporkan PBB terbunuh semasa pengepungan RSF ke atas el-Fasher dan dua kem pelarian berdekatan yang dilanda kebuluran makanan.
  • RSF berperang dengan SAF sejak April 2023 dalam konflik yang menyebabkan lebih 10 juta orang kehilangan tempat tinggal dan lebih 12 juta lagi menghadapi masalah bekalan makanan yang serius.

DARFUR – Seramai 56 orang awam terbunuh dalam satu siri serangan pasukan separa tentera, Rapid Support Forces (RSF) Sudan ke atas sebuah bandar di Darfur yang terletak di sepanjang jalan menuju ke bandar el-Fasher.

Aktivis daripada jawatankuasa penentangan tempatan berkata pembunuhan di Um Kadadah berlaku pada Khamis dan Jumaat, dan mendakwa serangan itu dilakukan berdasarkan etnik.

Um Kadadah, yang terletak kira-kira 180km ke timur el-Fasher – bandar terakhir di Darfur yang dikuasai Angkatan Tentera Sudan (SAF) – telah ditawan semula RSF pada hari Khamis.

Middle East Eye melaporkan Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB menyatakan bahawa RSF melancarkan serangan darat dan udara secara terancang ke atas el-Fasher serta kem pelarian Zamzam dan Abu Shouk pada hari Jumaat.

RSF berperang dengan SAF sejak April 2023 dalam konflik yang menyebabkan lebih 10 juta orang kehilangan tempat tinggal dan lebih 12 juta lagi menghadapi masalah bekalan makanan yang serius.

Tentera masih menguasai kawasan luas di timur dan utara, manakala pasukan separa tentera menguasai sebahagian besar Darfur dan kawasan di selatan.

Pembunuhan terbaharu di Darfur itu berlaku selepas lebih 100 orang – termasuk 20 kanak-kanak – dilaporkan PBB terbunuh semasa pengepungan RSF ke atas el-Fasher dan dua kem pelarian berdekatan yang dilanda kebuluran makanan.

Tahun lalu, satu laporan oleh misi pencari fakta antarabangsa bebas PBB mengenai Sudan mendapati bahawa kedua-dua pihak yang berperang telah melakukan pelbagai jenayah perang, termasuk keganasan seksual.

Misi tersebut turut merangkumi lawatan ke Chad, Kenya dan Uganda, serta 182 testimoni langsung daripada mangsa terselamat, ahli keluarga dan saksi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *