Connect with us

Terkini

Suami selebriti, Farrah Adeeba bakal bertanding ‘kerusi panas’

Suami selebriti wanita tanah air, Farrah Adeeba Mohamed Ashraf, bakal bertanding bagi kerusi Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Suami selebriti, Farrah Adeeba bakal bertanding ‘kerusi panas’
Foto: Muhammad Rafique.
  • Suami selebriti wanita tanah air, Farrah Adeeba Mohamed Ashraf, bakal bertanding bagi kerusi Parlimen Shah Alam pada PRU15 mewakili parti Pejuang.
  • “Doa saya, kalau apa yang dia buat ini dapat memberi kebaikan kepada masyarakat dan diredhai, ALLAH suka, semoga dia dapat kemenangan, tapi kalau apa dia buat ini ALLAH tak suka, semoga sebaliknya,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini. 
  • Sementara itu, Muhammad Rafique berkata, dia berharap agar diberikan peluang bagi membuktikan fakta walaupun memegang profesyen peguam tetap mampu menjaga dan memperjuangkan hak rakyat. 
  • Walaupun bukan ahli politik, Muhammad Rafique berkata, sokongan daripada rakyat sentiasa ada berbekalkan usaha dan niat yang betul.
  • “Fakta menunjukkan semasa rakyat dilanda kesusahan baik semasa pandemik Covid-19 atau banjir besar melanda khususnya di Shah Alam, ‘figura’ atau kononnya ‘big gun’ ini tidak tampil untuk membantu rakyat, sebaliknya, banyak NGO dan rakyat sendiri yang menjaga rakyat,” katanya.

KUALA LUMPUR – Suami selebriti wanita tanah air, Farrah Adeeba Mohamed Ashraf, bakal bertanding bagi kerusi Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, dia menyokong segala usaha suaminya, Muhammad Rafique Rashid Ali yang merupakan calon mewakili parti Pejuang.

“Suami sejak dari kami berkahwin dia selalu sokong apa yang saya nak buat, jadi hos, wartawan, berbisnes dan NGO. 

“Sokongannya semua bukan setakat beri keizinan, dia akan sentiasa memudahkan saya untuk melakukan apa yang saya minati. Sekarang ini gilirannya, jadi saya sokong dia. 

“Doa saya, kalau apa yang dia buat ini dapat memberi kebaikan kepada masyarakat dan diredhai, Allah suka, semoga dia dapat kemenangan, tapi kalau apa dia buat ini Allah tak suka, semoga sebaliknya,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Sementara itu, Muhammad Rafique berkata, dia berharap agar diberikan peluang bagi membuktikan fakta walaupun memegang profesyen peguam tetap mampu menjaga dan memperjuangkan hak rakyat. 

“Selama ini rakyat terlalu berharap dan berfikir hanya orang politik yang mampu mengurus tadbir dan berbahas mengenai polisi dan dasar negara. 

“Hakikatnya, hanya rakyat dan negarawan yang benar-benar berfikir dan bercakap bagi pihak rakyat. Saya percaya bahawa suara rakyat perlu diangkat oleh rakyat biasa. 

“Maka, atas dasar itu saya masuk ke medan politik demi membawa perubahan dalam sistem politik tanah air ini yang semakin rosak akibat kerakusan kuasa pemain politik yang sedia ada,” ujarnya.

Walaupun bukan ahli politik, Muhammad Rafique berkata, sokongan daripada rakyat sentiasa ada berbekalkan usaha dan niat yang betul.

“Fakta menunjukkan semasa rakyat dilanda kesusahan baik semasa pandemik Covid-19 atau banjir besar melanda khususnya di Shah Alam, ‘figura’ atau kononnya ‘big gun’ ini tidak tampil untuk membantu rakyat, sebaliknya, banyak NGO dan rakyat sendiri yang menjaga rakyat. 

“Saya sendiri bersama dengan Pejuang Shah Alam turun untuk membantu rakyat Shah Alam di atas kapasiti yang begitu terhad semasa bencana tersebut melanda dan turut sama terlibat membantu mangsa-mangsa banjir khususnya di Shah Alam semasa hari pertama pada 18 Disember 2021 saat air mula naik. 

“Ketika itu, pemimpin politik dari BN dan PN sedang mengadakan perhimpunan besar dan makan-makan untuk membincangkan agenda politik kepartian,” katanya.

Dari situ, jelasnya, sudah terang lagi bersuluh pemimpin-pemimpin berkenaan tidak muncul mahupun turun padang bahkan jentera kerajaan tidak dikerahkan untuk bantuan segera dan tindakan pantas. 

Sambungnya, perubahan pertama yang akan dibawa pada PRU15 adalah suara dan keluhan rakyat Shah Alam mesti jelas kedengaran di Dewan Rakyat. 

“Perhatian dan tindakan berkaitan isu-isu kos sara hidup dan ekonomi yang lembab diangkat dan dibentangkan pelan tindakan khusus utk menangani masalah ini.

“Politik khidmat berkebajikan yang sentiasa diamalkan Pejuang akan terus diketengahkan demi rakyat. 

“Secara ringkasnya, enam isu utama diketengahkan. Antaranya, kos sara hidup, peluang pekerjaan dan kadar gaji minima, komuniti berdaya huni dari aspek keselamatan dan kebersihan bagi bandaraya Shah Alam ibu negeri Selangor; teknologi hijau dan mikromobiliti; pelan jangka masa panjang mitigasi banjir dan kepimpinan bersih, cekap, amanah dengan mengangkat pimpinan dari rakyat biasa,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *