Connect with us

Ekonomi

Kadar OPR naik lagi

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia telah membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.

Published

on

Kadar OPR naik lagi
Foto: Bank Negara Malaysia.
  • Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia telah membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.
  • Ini adalah kenaikan kali keempat berturut-turut pada tahun ini.
  • “Sebarang pelarasan pada penetapan dasar monetari pada masa hadapan akan terus dilaksanakan secara terkawal dan beransur-ansur bagi memastikan dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam persekitaran harga yang stabil,”- Bank negara

PETALING JAYA – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia telah membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.

Ini adalah kenaikan kali keempat berturut-turut pada tahun ini yang mana pada bulan September, kadar penanda aras pinjaman dan simpanan itu naikkan kepada 2.50, pada bulan Julai dinaikkan kepada 2.25 peratus, 2.00 pada bulan Mei dan pada bulan Mac ia berada pada paras terendah iaitu 1.75 peratus.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan bank pusat semalam, pada kadar OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

 “MPC tidak membuat sebarang ketetapan awal dan akan terus menilai keadaan yang berubah-ubah serta kesannya terhadap prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

“Sebarang pelarasan pada penetapan dasar monetari pada masa hadapan akan terus dilaksanakan secara terkawal dan beransur-ansur bagi memastikan dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam persekitaran harga yang stabil,” jelasnya.

Sumber : KOSMO

 

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author