Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Tidak pakai burqa, Taliban sebat wanita Afghanistan mahu belajar di universiti

Wanita Afghanistan disebat Taliban kerana membantah penafian hak pendidikan mereka selepas dihalang masuk ke universiti di timur laut negara itu kerana tidak memakai burqa.

Published

on

Video berdurasi 22 saat dikongsi di media sosial menunjukkan pelajar wanita diserang petugas maksiat dan kebajikan kerajaan Taliban di luar pintu gerbang Universiti Badakhshan pada Ahad lalu, demikian lapor Independent yang berpangkalan di UK.

Seorang pengawal dilihat menggunakan cemeti menghalau pelajar-pelajar wanita itu yang kelihatan mendesak untuk masuk ke universiti itu.

Pelajar mendakwa mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan universiti kerana tidak memakai burqa iaitu tatacara pemakaian yang diwajibkan Emeriyah Islam Afghanistan diterajui Taliban untuk wanita.

Puluhan wanita membantah, memakai gaun hitam panjang dan bertudung, melaungkan slogan “akses kepada pendidikan”, lapor media barat itu.

Presiden universiti, Naqibullah Qazizada mengakui tindakan keras dilakukan petugas maksiat dan kebajikan Taliban itu dan memberi jaminan permintaan pelajar akan dipenuhi, lapor Khamma Press dipetik Independent.

Sumber: Independent UK

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author