Antarabangsa
Pelajar Muslim di Perancis dinafi makanan halal di sekolah
Ibu bapa Muslim di Perancis sering berdepan dengan masalah makanan tidak halal yang disediakan di kafeteria sekolah, demikian lapor Pakistan Observer.
- Ibu bapa Muslim di Perancis berdepan dengan masalah pemilihan makanan halal yang tidak disediakan di kafeteria sekolah.
- Beberapa datuk bandar memutuskan untuk tidak menawarkan menu alternatif di kafeteria sekolah itu.
- Hidangan satu-satunya yang ditawarkan kadangkalanya tertumpu kepada daging babi.
- Mereka percaya sekularisme memerlukan kanak-kanak Yahudi dan Islam memakan daging babi atau kelaparan.
Ibu bapa Muslim di Perancis sering berdepan dengan masalah makanan tidak halal yang disediakan di kafeteria sekolah, demikian lapor Pakistan Observer.
Bersandarkan alasan sekularisme, beberapa datuk bandar di Perancis dilaporkan membuat keputusan untuk tidak menawarkan menu alternatif di kafeteria sekolah.
Misalnya apa yang berlaku di Tassin-la-Demi-Lune, sebuah komuniti di pinggir Lyon, di mana mewajibkan hanya satu menu sahaja ditawarkan untuk hidangan sekolah sejak 2016.
Hidangan itu kadang-kadang membabitkan daging babi menyebabkan pelajar Muslim atau Yahudi berdepan masalah untuk memakannya.
Beberapa datuk bandar mencadangkan menu vegetarian secara eksklusif dan memberi pilihan kepada ibu bapa dengan tiga menu yang seperti daging, ikan atau vegetarian bagi mengatasi masalah itu.
Dewan Bandaraya Grenoble meminta ibu bapa memilih menu makanan harian di sekolah itu dengan 94 peratus memilih menu ikan atau daging lembu/ayam.
Kanak-kanak di sekolah tersebut boleh memilih makanan mereka tetapi ada sekolah yang memaksa kanak-kanak Yahudi dan Islam memakan daging babi atau berdepan kelaparan.
Ibu bapa di sekolah yang mana sekolah anak mereka menjadikan pilihan daging babi sebagai menu melancarkan petisyen dalam talian untuk menuntut menu alternatif.
Beberapa tokoh terkenal, termasuk wartawan dan aktivis feminis Rokhaya Diallo, memberikan sokongan kepada petisyen itu dan menggalakkan orang lain menandatanganinya.
Di Perancis, umat Islam kebiasaannya tertakluk kepada serangan dan penyisihan yang tidak henti-henti di tengah-tengah perdebatan semakin sengit mengenai keterlibatan masyarakat.
Sumber: Pakistan Observer