Connect with us

Komuniti

MRM belanja RM600,000, bantu wanita yang dizalimi

Pendakwah bebas Firdaus Wong memberitahu mahkamah bahawa pihak Multiracial Reverted Muslims (MRM) sayap wanita telah membelanjakan hampir RM600,000 sejak 2014 bagi kebajikan serta membantu wanita yang dizalimi menerusi Sayap Wanita MRM.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Puti Iylia Maisarah

Published

on

MRM belanja RM600,000, bantu wanita yang dizalimi
Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong.
  • MRM telah membelanjakan hampir RM600,000 sejak 2014 bagi membantu wanita yang dizalimi.
  • MRM menawarkan kesemua perkhidmatan berdasarkan nasihat dan pandangan daripada pakar-pakar berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes wanita dizalimi.
  • Antara kes gangguan seksual yang dikendalikan seperti gangguan secara verbal, gangguan menerusi aplikasi telefon dan dicabul oleh majikan.

KUALA LUMPUR – TENOM – Pendakwah bebas Firdaus Wong memberitahu mahkamah bahawa pihak Multiracial Reverted Muslims (MRM) sayap wanita telah membelanjakan hampir RM600,000 sejak 2014 bagi kebajikan serta membantu wanita yang dizalimi menerusi Sayap Wanita MRM.

Demikian katanya ketika diminta menjelaskan oleh pihak pendakwaan, Nor Azizah Mohamad mengenai MRM yang diasaskannya ketika sesi perbicaraan yang memasuki hari ketiga membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

“Kami menawarkan kesemua perkhidmatan itu berdasarkan nasihat dan pandangan daripada pakar-pakar yang berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes wanita dizalimi kerana mereka akan mengalami ketakutan, trauma, dan malahan sehingga ada yang ingin membunuh diri. 

“Antara kes gangguan seksual yang dikendalikan sayap wanita adalah seperti gangguan secara verbal, gangguan menerusi aplikasi telefon, Telegram, WhatsApp, Facebook, selain cabul oleh majikan, rakan sekerja, ahli keluarga, orang asing yang tidak dikenali, atau dari tokoh-tokoh yang berpengaruh dalam masyarakat,” katanya ketika sesi soal balas pihak pendakwaan.

Dalam perbicaraan itu, Firdaus diminta menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kes wanita yang dibantu sayap wanita MRM mengenai gangguan seksual dan beliau memberitahu mahkamah bahawa ia dikendalikan oleh Sayap Wanita MRM.

Beliau  memberitahu mahkamah bahawa mangsa gangguan seksual juga melibatkan kanak-kanak  dibawah umur.

“Bantuan yang telah kami berikan bagi mangsa gangguan seksual seperti seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang telah dicabul oleh datuknya dan dimasukkan objek keras ke dalam kemaluannya,

“Bagi kes ini, kami telah membantu dari segi khidmat kaunseling psikologi dan psikiatri kepada ahli keluarga serta mangsa yang dibawah umur,” katanya. 

Menurutnya, MRM mengendalikan kursus dakwah dalam dan luar negara selain mengadakan aktiviti street dakwah setiap minggu, mengendalikan muallaf dan orang belum muslim yang ingin bertanya atau belajar tentang Islam

MRM juga mengendalikan kes-kes murtad, masalah remaja, kebajikan serta  kes wanita yang dizalimi menerusi sayap wanita dan telah berdakwah di seluruh dunia antaranya Uganda pada 2016, Zambia zimbabwe Afrika selatan 2017, Colombia dan Peru 2018, negara Australia Bahrain Oman Qatar, Sri Lanka, Hongkong, Macau, dan banyak lagi.

MRM merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO yang telah ditubuhkan pada 5 Februari 2014 dengan visi utama adalah untuk menyampaikan mesej Islam yang sebenar manakala misinya adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang Islam akan tugas dan tanggungjawab mereka untuk melakukan dakwah dan menjadi seorang muslim sebaik mungkin.

Author