Antarabangsa
Bandar bawah air tertua di dunia ditemui di Greece
- Bandar bawah air luar biasa ditemui di Greece, jauh ke dalam Laut Mediterranean, menunjukkan sejarah purba Yunani yang ditenggelami air.
- Pavlopetri di Greece ialah sebuah pulau kecil di luar pantai Laconia di selatan Peloponnese.
- Express baru-baru ini melaporkan sejarah bandar itu bermula hampir 5,000 tahun lalu ketika wilayahnya pernah didiami pada tahun-tahun terawal sejarah Yunani.
- Bandar itu ditemui secara tidak sengaja 57 tahun lalu ketika Nicholas Flemming menggunakan fotografi udara untuk mengkaji garis pantai apabila dia melihat satu siri garisan luar biasa di dasar laut. Garis-garis itu kemudian menjadi petunjuk pertama tentang apa yang terdapat di bawahnya.
- Nama bandar itu diterjemahkan kepada “Batu Paulus” (Paul’s Stone) yang dikaitkan secara langsung dengan St.Peter dan St.Paul, dua tokoh penting Kristian, yang mengembara menyebarkan agama Kristian pada abad pertama Masihi.
Bandar bawah air luar biasa ditemui di Greece, jauh ke dalam Laut Mediterranean, menunjukkan sejarah purba Yunani yang ditenggelami air.
Pavlopetri di Greece ialah sebuah pulau kecil di luar pantai Laconia di selatan Peloponnese.
Express baru-baru ini melaporkan sejarah bandar itu bermula hampir 5,000 tahun lalu ketika wilayahnya pernah didiami pada tahun-tahun terawal sejarah Yunani.
Bandar purba Yunani ditenggelami air itu ditemui 57 tahun lalu oleh Nicholas Flemming.
Dirujuk sebagai “bandar yang hilang”, ia adalah bandar tertua seumpamanya yang telah ditemui.
Bandar itu ditemui secara tidak sengaja ketika Flemming menggunakan fotografi udara untuk mengkaji garis pantai apabila dia melihat satu siri garisan luar biasa di dasar laut.
Garis-garis itu kemudian menjadi petunjuk pertama tentang apa yang terdapat di bawahnya.
Nama bandar itu diterjemahkan kepada “Batu Paulus” (Paul’s Stone) yang dikaitkan secara langsung dengan St.Peter dan St.Paul, dua tokoh penting Kristian, yang mengembara menyebarkan agama Kristian pada abad pertama Masihi.
Tapak purba itu dilaporkan terletak hanya lebih empat jam dari Athens melalui perjalanan darat dengan menaiki kereta.
Pada 1968, ahli arkeologi dari Universiti Cambridge melawat tapak itu untuk memetakan keseluruhan lokasi dan menentukan sejauh mana bandar purba yang hilang itu.
Ia telah ditentukan bahawa bandar purba Yunani itu telah didiami pada 2,800 SM. – The Merdeka Times