Connect with us

Terkini

(VIDEO) Isu LGBT, hak Bumiputera kekang Malaysia untuk dakwa Israel di ICJ

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR — Malaysia berdepan beberapa kekangan untuk membawa isu genosid Israel terhadap Palestin ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) atau menyertai secara langsung usaha Afrika Selatan yang memfailkan aduan ke ICJ atas pelanggaran Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid 1948 (Konvensyen Genosid).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata  Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Genosid atas beberapa faktor terkait dengan Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Anwar berkata beberapa peruntukan dalam Statut Rom tidak boleh diterima Malaysia, terutama dalam hal melibatkan perkara seperti hak Bumiputera dan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ).

“Ia terikat dengan Statut Rom dan setakat ini, Malaysia dalam soal ICERD dan Statut Rom ini, ada kekangannya kerana beberapa peruntukan dalam Statut Rom itu yang tidak boleh diterima.

“Terutama dalam dasar mempertahankan hak Bumiputera, soal agama dan LGBT serta ini juga telah ditimbulkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

“Tapi saya fikir dalam perbincangan saya dengan Presiden Afrika Selatan, (Cyril) Ramaphosa yang akan mengunjungi Malaysia awal tahun depan… Beliau menyatakan bahawa tidak menghalang sama sekali untuk Malaysia menyatakan dukungan bersama Selatan Afrika (yang mengambil tindakan undang-undang ke atas Israel di ICJ) tetapi tidak punya kedudukan yang sama kerana kita tidak menandatangani piagam Statut Rom… Itu jadi kekangannya,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yang bertanyakan sama ada Perdana Menteri akan mempertimbangkan untuk Malaysia mengambil tindakan lebih tegas dalam menyatakan hak Palestin, termasuk menarik balik pengecualian kepada Perkara Sembilan Konvensyen Genosid bagi membolehkan Malaysia secara rasmi memfailkan intervensi atau bersama Afrika Selatan atau memfailkan tuntutan baru kepada Israel untuk mereka didakwa di atas genosid dilakukan.

Statut Rom dilaporkan adalah satu treati (perjanjian) rasmi antara negara-negara dalam mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa sebagai pelengkap kepada undang-undang sedia ada negara pihak (state party) untuk mendakwa individu yang melakukan jenayah antarabangsa.

Pada 2019, Malaysia dilaporkan menarik diri menjadi penandatangan Statut Rom susulan bantahan pakatan pembangkang selain gagal mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

Berhubung ICERD, Malaysia satu daripada dua negara majoriti Muslim, selain Brunei yang tidak meratifikasi konvensyen itu yang diperkenalkan PBB pada 1965 untuk menangani isu pergeseran kaum di peringkat global.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sebuah jawatankuasa pilihan khas rentas parti boleh membincangkan soal Statut Rom.

“Saya fikir untuk memikirkan ke depan, boleh saja jawatankuasa pilihan, bincang bersama di antara parti, bagaimana boleh kita majukan isu ini… maknanya melihat semula peruntukan-peruntukan Statut Rom. 

“Dan kalau ada kesepakatan, kita boleh teruskan. Walaupun (begitu) saya harus menyatakan bahawa kita ada sedikit kebimbangan melihat kepada suasana dan peruntukan Perlembagaan negara kita dan pendirian Raja-Raja Melayu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *