Connect with us

Antarabangsa

Era pasport berakhir? Lapangan terbang kini beralih kepada teknologi tanpa kertas?

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Lapangan terbang Changi di Singapura menyusuli beberapa lapangan terbang antarabangsa lain apabila menggantikan pasport dengan pemeriksaan biometrik automatik menggunakan kamera pengecaman wajah.
  • Beberapa lapangan terbang utama di seluruh dunia seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, Tokyo Narita, Tokyo Haneda, Lapangan Terbang Indira Gandhi di Delhi, dan Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris juga sudah menggunakan teknologi pengecaman wajah.
  • Kajian Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mendapati lebih daripada 90 peratus golongan muda terbuka untuk menerima konsep pasport digital. Negara seperti Finland telah memperkenalkan dokumen digital, dan Kesatuan Eropah merancang untuk melancarkan dokumen digital menjelang 2030.

Lapangan terbang Changi di Singapura menyusuli beberapa lapangan terbang antarabangsa lain apabila menggantikan pasport dengan pemeriksaan biometrik automatik menggunakan kamera pengecaman wajah.

Menerusi teknologi biometrik ini, penumpang tidak lagi perlu mengemukakan pasport untuk pengesahan identiti. Sebaliknya, mereka hanya perlu berdiri di kiosk kamera untuk pengesahan wajah.

Proses pengecaman wajah ini digunakan pada beberapa situasi seperti semasa mendaftar beg dan ketika menaiki pesawat. Langkah ini adalah sebahagian daripada peralihan yang lebih besar dari pasport fizikal kepada dokumen digital yang boleh disimpan dalam telefon pintar.

Selain Changi, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai juga telah menggantikan pemeriksaan pasport dengan sistem pengesahan biometrik yang membolehkan penumpang berjalan melalui terminal dan menaiki pesawat hanya dengan menggunakan pengecaman wajah mereka.

Sistem ini telah diperkenalkan terlebih dahulu untuk warganegara Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan kini diperluaskan kepada pelancong antarabangsa.

Beberapa lapangan terbang utama di seluruh dunia seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, Tokyo Narita, Tokyo Haneda, Lapangan Terbang Indira Gandhi di Delhi, dan Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris juga sudah menggunakan teknologi pengecaman wajah.

Kajian oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mendapati lebih daripada 90 peratus golongan muda terbuka untuk menerima konsep pasport digital. Negara seperti Finland telah memperkenalkan dokumen digital, dan Kesatuan Eropah merancang untuk melancarkan dokumen digital menjelang 2030.

Penggunaan teknologi ini bagaimanapun tidak terlepas dari kebimbangan, terutamanya berkaitan privasi dan keselamatan data. Penggunaan pengecaman wajah boleh menyebabkan kesalahan identiti, serta kebarangkalian penyelewengan data biometrik yang boleh menyebabkan pencurian identiti atau penipuan.

Organisasi perlindungan data, seperti Lembaga Perlindungan Data Eropah (EDPB), menegaskan bahawa individu harus mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap data biometrik mereka.- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *