Connect with us

Antarabangsa

Perancis tidak akan tangkap Netanyahu

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu
  • Menangkap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu akan menjadi sukar kerana dia mungkin mempunyai kekebalan daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), kata Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot.
  • Paris “akan menggunakan undang-undang antarabangsa berdasarkan kewajipannya untuk bekerjasama dengan ICC,” kata Barrot kepada radio Franceinfo dipetik RT pada Rabu. 
  • Menteri Luar Perancis itu berkata Statut Rom, yang menjadi asas penubuhan ICC, “membicarakan soal imuniti bagi pemimpin tertentu” dan perkara sedemikian akhirnya akan diserahkan kepada mahkamah itu.
  • Media melaporkan keputusan Perancis itu menunjukkan sikap hipokrasi dan “double-standard” apabila kurang dua bulan lalu ia menggesa Mongolia menangkap Presiden Vladimir Putin apabila dia melawat negara itu walaupun Russia bukan ahli ICC.
  • Mahkamah yang berpangkalan di Hague mengeluarkan waran tangkap untuk pemimpin Israel itu minggu lalu, mendakwa Netanyahu dan bekas menteri pertahanan Yoav Gallant dengan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung pencerobohan ke atas Gaza. 

Menangkap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu akan menjadi sukar kerana dia mungkin mempunyai kekebalan daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), kata Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot.

Paris “akan menggunakan undang-undang antarabangsa berdasarkan kewajipannya untuk bekerjasama dengan ICC,” kata Barrot kepada radio Franceinfo dipetik RT pada Rabu. 

Menteri Luar Perancis itu berkata Statut Rom, yang menjadi asas penubuhan ICC, “membicarakan soal imuniti bagi pemimpin tertentu” dan perkara sedemikian akhirnya akan diserahkan kepada mahkamah itu.

Mahkamah yang berpangkalan di Hague mengeluarkan waran tangkap untuk pemimpin Israel itu minggu lalu, mendakwa Netanyahu dan bekas menteri pertahanan Yoav Gallant dengan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung pencerobohan ke atas Gaza. 

Beberapa negara Eropah mengisytiharkan secara terbuka bahawa mereka akan mematuhi waran itu, berbeza dengan tindakan Paris.

Terdahulu, Kementerian Luar Perancis mengeluarkan kenyataan yang memberi isyarat bahawa sementara Paris akan menghormati komitmennya kepada ICC, namun Israel sebenarnya bukan pihak yang menandatangani Statut Rom.

“Perancis akan menghormati kewajipan antarabangsanya, memahami bahawa Statut Rom memerlukan kerjasama penuh dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC),” kata kementerian itu, tetapi “tidak boleh dikehendaki untuk bertindak dengan cara tidak konsisten dengan kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa mengenai imuniti negara yang bukan pihak ICC”. 

Media melaporkan keputusan Perancis itu menunjukkan sikap hipokrasi dan “double-standard” apabila kurang dua bulan lalu ia menggesa Mongolia menangkap Presiden Vladimir Putin apabila dia melawat negara itu walaupun Russia bukan ahli ICC. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *