Connect with us

Antarabangsa

Hizbullah serang pangkalan tentera Israel, penempatan haram

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Pejuang gerakan penentangan Hizbullah Lubnan melakukan beberapa operasi terhadap kedudukan tentera Israel dan penempatan haram di wilayah yang diduduki sebagai tindakan balas serangan berterusan Tel Aviv ke atas Lubnan.
  • Hizbullah dalam kenyataan pada Isnin dipetik Press TV berkata, anggotanya telah menembak bertubi-tubi roket ke penempatan Ayelet HaShahar, Sha’al, Hatzor dan Dalton.
  • Gerakan penentangan Lubnan itu juga mengumumkan ia telah melancarkan roket salvo di unit pengawasan udara Israel di pangkalan tentera Meron dalam operasi berasingan.
  • Terdahulu, kumpulan Hizbullah buat pertama kali mengaku bertanggungjawab melakukan serangan ke atas pangkalan tentera udara Israel di bandar pantai Haifa.

 

Pejuang gerakan penentangan Hizbullah Lubnan melakukan beberapa operasi terhadap kedudukan tentera Israel dan penempatan haram di wilayah yang diduduki sebagai tindakan balas serangan berterusan Tel Aviv ke atas Lubnan.

Hizbullah dalam kenyataan pada Isnin dipetik Press TV berkata, anggotanya telah menembak bertubi-tubi roket ke penempatan Ayelet HaShahar, Sha’al, Hatzor dan Dalton.

Gerakan penentangan Lubnan itu juga mengumumkan ia telah melancarkan roket salvo di unit pengawasan udara Israel di pangkalan tentera Meron dalam operasi berasingan.

Terdahulu, kumpulan Hizbullah buat pertama kali mengaku bertanggungjawab melakukan serangan ke atas pangkalan tentera udara Israel di bandar pantai Haifa.

Pejuang penentangan juga menyerang perhimpunan askar Israel di pinggir timur bandar sempadan selatan Lubnan Mays al-Jabal dengan serangan roket.

Hizbullah juga menggunakan pesawat udara tanpa pemandu yang sarat dengan bom untuk menyerang pangkalan tentera Israel Elyakim di selatan Haifa.

Serangan udara itu mengakibatkan korban dalam kalangan tentera rejim Israel dan kerosakan di tapak yang disasarkan.

Pangkalan itu dilaporkan menempatkan kem latihan di bawah Komando Utara tentera Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *