Connect with us

Antarabangsa

Penyampai TV Israel letupkan bangunan di Lubnan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto : Danny Kushmaro, penyampai berita Channel 12
  • Seorang penyampai TV Israel dirakam meletupkan sebuah bangunan di Lubnan semasa siaran di tengah-tengah peningkatan serangan rejim zionis terhadap wartawan di Lubnan dan Gaza, lapor QNN.
  • Danny Kushmaro, penyampai berita Channel 12, kelihatan memakai jaket kalis peluru dan topi keledar, manakala seorang tentera rejim Israel menunjukkannya cara meletupkan bahan letupan.
  • Selepas kiraan detik, wartawan Israel itu kemudian menekan butang peledak, memusnahkan bangunan itu.
  • Insiden itu dikritik Koresponden New York untuk Haaretz, Etan Nechin yang menyifatkannya sebagai “memuakkan”, apatah lagi ia berlaku ketika wartawan Palestin dan Lubnan berdepan jumlah pembunuhan dan penangkapan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
  • Pada Jumaat, tentera Israel dilaporkan membunuh tiga wartawan secara langsung ketika tidur di penginapan mereka di selatan Lubnan. 

Seorang penyampai TV Israel dirakam meletupkan sebuah bangunan di Lubnan semasa siaran di tengah-tengah peningkatan serangan rejim zionis terhadap wartawan di Lubnan dan Gaza, lapor QNN.

Danny Kushmaro, penyampai berita Channel 12, kelihatan memakai jaket kalis peluru dan topi keledar, manakala seorang tentera rejim Israel menunjukkannya cara meletupkan bahan letupan.

Selepas kiraan detik, wartawan Israel itu kemudian menekan butang peledak, memusnahkan bangunan itu.

Insiden itu dikritik Koresponden New York untuk Haaretz, Etan Nechin yang menyifatkannya sebagai “memuakkan”.

Apatah lagi ia berlaku ketika wartawan Palestin dan Lubnan berdepan jumlah pembunuhan dan penangkapan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Pengkritik berkata rejim Israel sengaja menyasarkan wartawan di Palestin dan Lubnan untuk menutup kebenaran tentang jenayah perangnya di wilayah terbabit.

Setakat ini, lebih 2,500 orang terbunuh di Lubnan sejak Israel menyerang negara itu awal Oktober, dengan kebanyakan korban berlaku dalam kempen pengeboman yang bermula bulan lalu.

Pada Jumaat, tentera Israel dilaporkan membunuh tiga wartawan secara langsung ketika tidur di penginapan mereka di selatan Lubnan. 

Serangan udara itu melanda kawasan di Hasbaiyya yang menempatkan beberapa wartawan, membunuh dua jurukamera dan seorang juruteknik. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *