Antarabangsa
Parlimen Israel haramkan UNRWA
- Parlimen Israel pada Isnin meluluskan rang undang-undang (RUU) kontroversi melarang Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) daripada beroperasi di wilayah Israel dan kawasan di bawah kawalan Israel.
- Al Jazeera melaporkan perundangan itu, yang tidak akan berkuat kuasa serta-merta, berisiko meruntuhkan proses pengagihan bantuan ketika krisis kemanusiaan di Gaza semakin serius dan Israel berada di bawah tekanan meningkat untuk membenarkan bekalan bantuan.
- Larangan itu akan membawa kepada penutupan premis UNRWA di wilayah Palestin yang diduduki – Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur yang diduduki – dan Gaza, sekaligus melumpuhkan keupayaan agensi itu untuk memenuhi mandatnya seperti ditetapkan Perhimpunan Agung PBB pada 1949.
- Undian itu lulus 92-10 susulan perdebatan sengit antara penyokong undang-undang itu dan penentangnya, terutama Ahli Parlimen parti Arab.
- RUU kedua yang memutuskan hubungan diplomatik dengan UNRWA juga sedang diundi di Parlimen Israel.
Parlimen Israel pada Isnin meluluskan rang undang-undang (RUU) kontroversi melarang Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) daripada beroperasi di wilayah Israel dan kawasan di bawah kawalan Israel.
Al Jazeera melaporkan perundangan itu, yang tidak akan berkuat kuasa serta-merta, berisiko meruntuhkan proses pengagihan bantuan ketika krisis kemanusiaan di Gaza semakin serius dan Israel berada di bawah tekanan meningkat untuk membenarkan bekalan bantuan.
Larangan itu akan membawa kepada penutupan premis UNRWA di wilayah Palestin yang diduduki – Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur yang diduduki – dan Gaza, sekaligus melumpuhkan keupayaan agensi itu untuk memenuhi mandatnya seperti ditetapkan Perhimpunan Agung PBB pada 1949.
Undian itu lulus 92-10 susulan perdebatan sengit antara penyokong RUU itu dan penentangnya, terutama Ahli Parlimen parti Arab.
RUU kedua yang memutuskan hubungan diplomatik dengan UNRWA juga sedang diundi di Parlimen Israel.
“Ini adalah yang terbaru dalam kempen yang sedang dijalankan untuk memburukkan UNRWA… Rang undang-undang ini hanya akan memburukkan penderitaan rakyat Palestin,” kata ketua UNRWA, Philippe Lazzarini di platform X.
UNRWA ialah agensi PBB yang menjalankan bantuan kemanusiaan di Gaza yang telah musnah akibat lebih setahun perang genosid Israel, di mana beratus-ratus pekerjanya telah terbunuh dalam serangan Israel. – The Merdeka Times