Connect with us

Antarabangsa

Kaki pendaki Gunung Everest, “Sandy” Irvine ditemui selepas 100 tahun

Sekumpulan pendaki dan pembuat filem menemui kaki manusia di dalam but lama dengan sarung kaki yang mereka percaya milik pendaki, Andrew Comyn “Sandy” Irvine, yang hilang semasa mendaki Gunung Everest pada 1924.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pendaki, Andrew Comyn "Sandy" Irvine, yang hilang semasa mendaki Gunung Everest pada 1924.
  • Sekumpulan pendaki dan pembuat filem menemui kaki manusia di dalam but lama dengan sarung kaki yang mereka percaya milik pendaki, Andrew Comyn “Sandy” Irvine, yang hilang semasa mendaki Gunung Everest pada 1924.
  • Selama 100 tahun, misteri itu menghantui penjelajah yang mendaki Gunung Everest, namun penemuan kaki manusia yang terputus itu akhirnya memberikan jawapan, lapor Global News pada 11 Oktober lalu.
  • Bulan lalu, sekumpulan pendaki pembuat filem berkata mereka menemui sebuah but kulit lama yang muncul dari ais mencair di Glasier Rongbuk Tengah, di bawah muka utara Gunung Everest. 
  • Setelah diperiksa dengan lebih dekat, mereka menemui sarung kaki di dalam but itu dengan sarung kaki di dalamnya dihiasi sulaman bertulis, “A.C. Irvine.”
  • Dengan segera, pasukan dokumentari National Geographic itu menyedari bahawa itu bukan but biasa. 

Sekumpulan pendaki dan pembuat filem menemui kaki manusia di dalam but lama dengan sarung kaki yang mereka percaya milik pendaki, Andrew Comyn “Sandy” Irvine, yang hilang semasa mendaki Gunung Everest pada 1924.

Selama 100 tahun, misteri itu menghantui penjelajah yang mendaki Gunung Everest, namun penemuan kaki manusia yang terputus itu akhirnya memberikan jawapan, lapor Global News pada 11 Oktober lalu.

Bulan lalu, sekumpulan pendaki pembuat filem berkata mereka menemui sebuah but kulit lama yang muncul dari ais mencair di Glasier Rongbuk Tengah, di bawah muka utara Gunung Everest. 

Setelah diperiksa dengan lebih dekat, mereka menemui sarung kaki di dalam but itu dengan sarung kaki di dalamnya dihiasi sulaman bertulis, “A.C. Irvine.”

Dengan segera, pasukan dokumentari National Geographic itu menyedari bahawa itu bukan but biasa. 

Mereka percaya ia milik pendaki Inggeris, Andrew Comyn “Sandy” Irvine yang cuba mencapai puncak Everest bersama rakannya, George Mallory pada Jun 1924.

Irvine, 22, dan Mallory, 38, mungkin merupakan orang pertama yang sampai ke puncak Everest, walaupun sehingga kini ia mustahil untuk dipastikan kerana kedua-dua mereka tidak pernah kembali.

Sejak itu, misteri ini telah memikat minat orang ramai baik di dalam mahupun luar komuniti pendakian antarabangsa. 

Sebahagian besar daya tarikannya berkaitan dengan kamera dibawa Irvine semasa pendakian yang berkemungkinan mengandungi filem belum diproses untuk membuktikan sama ada dia dan Mallory telah mencapai puncak itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *