Terkini
Kanak-kanak GISBH didedahkan video militan, kumpulan pengganas
Kanak-kanak di bawah pusat jagaan GISB Holdings (GISBH) didedahkan dengan video perjuangan kumpulan militan, kata EXCO Agama Islam Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah.
- Kanak-kanak di bawah pusat jagaan GISB Holdings (GISBH) didedahkan dengan video perjuangan kumpulan militan, kata EXCO Agama Islam Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah.
- Berdasarkan laporan diberikan polis didapati video kumpulan pengganas seperti Daesh yang ada di YouTube akan ditayangkan kepada kanak-kanak terbabit.
- “(Ini) menurut polis. Bila ditanya, ada tengok YouTube? Mereka (anak-anak) kata ada. Tengok rambo atau IS (Daesh). Jadi bayangkan, kalau tengok video IS ini, ia bahaya.
- “Ini bukan prinsip jihad yang betul. Jadi ini cabaran kita untuk mendidik mereka semula. Mereka ini pintar, pandai mengaji dan membaca. Kita kena betulkan keseluruhan,” katanya dipetik SelangorKini ketika berucap di Majlis Konvokesyen Kolej Hafiz di Klang pada Sabtu.
- Kanak-kanak yang tinggal di rumah amal milik GISBH juga dilaporkan memiliki akhlak dan disiplin tinggi, namun mengagungkan bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad atau Abuya.
- Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Selangor (PITAS), Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa berkata berdasarkan pengalaman bertemu anak-anak itu, kebanyakan mereka mampu membaca al-Quran dengan baik serta menjaga waktu solat, termasuk kerap menunaikan solat malam.
KUALA LUMPUR — Kanak-kanak di bawah pusat jagaan GISB Holdings (GISBH) didedahkan dengan video perjuangan kumpulan militan, kata EXCO Agama Islam Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah.
Dr Fahmi Ngah berkata berdasarkan laporan diberikan polis didapati video kumpulan pengganas seperti Daesh yang ada di YouTube akan ditayangkan kepada kanak-kanak terbabit.
“(Ini) menurut polis. Bila ditanya, ada tengok YouTube? Mereka (anak-anak) kata ada. Tengok rambo atau IS (Daesh). Jadi bayangkan, kalau tengok video IS ini, ia bahaya.
“Ini bukan prinsip jihad yang betul. Jadi ini cabaran kita untuk mendidik mereka semula. Mereka ini pintar, pandai mengaji dan membaca. Kita kena betulkan keseluruhan,” katanya dipetik SelangorKini ketika berucap di Majlis Konvokesyen Kolej Hafiz di Klang pada Sabtu.
Kanak-kanak yang tinggal di rumah amal milik GISBH juga dilaporkan memiliki akhlak dan disiplin tinggi, namun mengagungkan bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad atau Abuya.
Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Selangor (PITAS), Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa berkata berdasarkan pengalaman bertemu anak-anak itu, kebanyakan mereka mampu membaca al-Quran dengan baik serta menjaga waktu solat, termasuk kerap menunaikan solat malam.
“Mereka bagus, berdisiplin. Ini kelebihan mereka. Tak boleh nafikan mereka ada akhlak yang baik cuma kefahaman dan akidah mereka kena diperbetulkan.
“Ada pengalaman kopiah mereka diambil untuk gantikan baharu. Mereka menangis-nangis nak juga kopiah itu sebab ada berkat daripada Abuya. Jadi doktrin ini bahaya kepada anak-anak.
“Ada pandangan jabatan mufti Negeri Sembilan bahawa kita tak dibenarkan memuji terlalu lebih kepada guru-hur kerana beri mudarat, bukan kepada guru sahaja tetapi anak-anak,” katanya yang dilaporkan ditemui dalam majlis sama dengan Dr Fahmi Ngah.
Muhamad Hafiz berkata sejak dua minggu lalu, seramai 20 tenaga pengajar dalam kalangan ahli PITAS dihantar mengajar hafazan dan tilawah kepada hampir 300 anak GISBH.
“Pitas terlibat juga dengan pasukan khas yang ditubuh bagi memulihkan anak-anak ini. Ini memasuki minggu kedua. Setiap Isnin hingga Jumaat dari 2 hingga 4 petang kita mengajar anak-anak ini.
“Rumah amal didiami mereka ditutup namun mempunyai bacaan yang bagus jadi perlu diteruskan. Kita sediakan guru mengajar. Kita dapat bantu Kerajaan Negeri dan anak-anak ini dari kepompong tidak sihat,” katanya.
Terdahulu, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berpuas hati dan meyakini pemimpin, ahli GISBH serta rangkaiannya masih mengamalkan Aurad Muhammadiah atau zikir agung dibawa al-Arqam yang diharamkan pada era 1990-an.
Katanya, fahaman dan amalan GISBH mempunyai ciri-ciri menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Waljamaah daripada aspek akidah dan syariat. — The Merdeka Times