Antarabangsa
Israel mesti luaskan sempadan ke Jordan, Lubnan, Mesir, Syria, Iraq dan Arab Saudi – Menteri Israel
Israel perlu memperluaskan sempadannya ke wilayah negara-negara Arab sepertimana dalam kitab suci Yahudi, kata Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich.
- Israel perlu memperluaskan sempadannya ke wilayah negara-negara Arab sepertimana dalam kitab suci Yahudi, kata Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich.
- “Ia tertulis bahawa masa depan Baitulmaqdis adalah untuk berkembang ke Damsyik,” kata Smotrich dalam wawancara dokumentari Arte bertajuk ‘Israel: Extremists in Power’ dipetik Tehran Times.
- Menurutnya, negara Yahudi haruslah meliputi wilayah Jordan, Lubnan, Mesir, Syria, Iraq dan Arab Saudi, menonjolkan visi lama golongan nasionalis ultra Israel dan nasionalis agama untuk perluasan wilayahnya ke seluruh Timur Tengah.
- Dokumentari terbaru Arte itu mengkaji pandangan dan dasar diterapkan anggota kerajaan paling kanan dalam sejarah Israel dengan tumpuan pada Smotrich dan rakannya iaitu menteri kanan Itamar Ben-Gvir, berlatarbelakangkan peperangan di Gaza.
Israel perlu memperluaskan sempadannya ke wilayah negara-negara Arab sepertimana dalam kitab suci Yahudi, kata Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich.
“Ia tertulis bahawa masa depan Baitulmaqdis adalah untuk berkembang ke Damsyik,” kata Smotrich dalam wawancara dokumentari Arte bertajuk ‘Israel: Extremists in Power’ dipetik Tehran Times.
Menurutnya, negara Yahudi haruslah meliputi wilayah Jordan, Lubnan, Mesir, Syria, Iraq dan Arab Saudi, menonjolkan visi lama golongan nasionalis ultra Israel dan nasionalis agama untuk perluasan wilayahnya ke seluruh Timur Tengah.
Dokumentari terbaru Arte itu mengkaji pandangan dan dasar diterapkan anggota kerajaan paling kanan dalam sejarah Israel dengan tumpuan pada Smotrich dan rakannya iaitu menteri kanan Itamar Ben-Gvir, berlatarbelakangkan peperangan di Gaza.
Ia juga menjelaskan bagaimana Smotrich dan Ben-Gvir memperoleh pengaruh politik yang terus mendalamkan perpecahan masyarakat Israel dan memburukkan lagi penderitaan rakyat Palestin.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bergantung kepada sokongan tokoh-tokoh haluan kanan ini, terutamanya selepas peletakan jawatan bekas Menteri Pertahanan, Benny Gantz dari kabinet perang.
Gantz berundur di tengah-tengah perbezaan pendapat mengenai strategi perang di Gaza dan cara untuk menangani isu tawanan Israel ditahan Hamas. — The Merdeka Times