Connect with us

Antarabangsa

Syarikat induk TikTok berhentikan 700 pekerja di Malaysia

ByteDance Ltd, syarikat induk TikTok, dilaporkan memberhentikan ratusan kakitangan platform media sosial itu di Malaysia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • ByteDance Ltd, syarikat induk TikTok, dilaporkan memberhentikan ratusan kakitangan platform media sosial itu di Malaysia.
  • The Malaysian Reserve (TMR) memetik sumber dekat dengan cawangan syarikat itu di Malaysia pada Khamis melaporkan lebih 500 individu diberhentikan selepas menerima e-mel daripada syarikat itu.
  • Kebanyakan pekerja terkesan dikatakan bekerja dalam bahagian pengendalian kandungan platform itu, tidak terhad kepada Asia Tenggara, tetapi termasuk wilayah lain.
  • Agensi berita Reuters dengan memetik dua sumber pula melaporkan 700 pekerja diberhentikan dalam usaha syarikat itu beralih tumpuan ke arah penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) yang lebih meluas dalam kandungannya.
  • Tiktok mengesahkan pemberhentian itu pada Jumaat, namun tidak dapat memberi angka tepat jumlah pekerja terlibat.

ByteDance Ltd, syarikat induk TikTok, dilaporkan memberhentikan ratusan kakitangan platform media sosial itu di Malaysia.

The Malaysian Reserve (TMR) memetik sumber dekat dengan cawangan syarikat itu di Malaysia pada Khamis melaporkan lebih 500 individu diberhentikan selepas menerima e-mel daripada syarikat itu.

Kebanyakan pekerja terkesan dikatakan bekerja dalam bahagian pengendalian kandungan platform itu, tidak terhad kepada Asia Tenggara, tetapi termasuk wilayah lain.

Agensi berita Reuters dengan memetik dua sumber pula melaporkan 700 pekerja diberhentikan dalam usaha syarikat itu beralih tumpuan ke arah penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) yang lebih meluas dalam kandungannya.

Tiktok mengesahkan pemberhentian itu pada Jumaat, namun tidak dapat memberi angka tepat jumlah pekerja terlibat.

Terdahulu, Bloomberg pada Jun melaporkan ByteDance memberhentikan 450 kakitangannya di Indonesia, manakala CNN melaporkan TikTok merancang untuk memberhentikan sebahagian besar tenaga kerja dalam operasi dan pemasarannya di seluruh dunia.

Pemberhentian di peringkat global itu dijangka memberi kesan kepada pasukan yang mengendalikan bahagian sokongan pengguna dan komunikasi serta bahagian kandungan dan pemasaran. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *