Antarabangsa
Tujuh orang awam terbunuh dalam serangan udara Israel di Syria – Media
Sekurang-kurangnya tujuh orang awam terbunuh dan 11 lagi cedera dalam serangan udara Israel di daerah kediaman Damsyik pada petang Selasa, demikian menurut laporan media Syria.
- Sekurang-kurangnya tujuh orang awam terbunuh dan 11 lagi cedera dalam serangan udara Israel di daerah kediaman Damsyik pada petang Selasa, demikian menurut laporan media Syria.
- Tiga peluru berpandu dilancarkan pesawat Israel yang terbang di atas Bukit Golan menghentam kawasan kejiranan Mezzeh, menyebabkan “kerosakan material yang ketara,” lapor agensi berita SANA, memetik sumber tentera.
- Antara yang terbunuh ialah wanita dan kanak-kanak, lapor TV kerajaan Syria dipetik RT.
- Menurut akhbar Saudi, Al-Hadath, dipetik media Israel, peluru berpandu itu menyasarkan seorang pegawai Hizbullah yang bertanggungjawab ke atas Unit 4400, yang didakwa membekalkan militia Syiah Lubnan dengan senjata dari Iran.
- Serangan udara pada Selasa itu berlaku ketika tentera Israel meneruskan operasi darat mereka di Lubnan sejak 1 Oktober lalu.
Sekurang-kurangnya tujuh orang awam terbunuh dan 11 lagi cedera dalam serangan udara Israel di daerah kediaman Damsyik pada petang Selasa, demikian menurut laporan media Syria.
Tiga peluru berpandu dilancarkan pesawat Israel yang terbang di atas Bukit Golan menghentam kawasan kejiranan Mezzeh, menyebabkan “kerosakan material yang ketara,” lapor agensi berita SANA, memetik sumber tentera.
Antara yang terbunuh ialah wanita dan kanak-kanak, lapor TV kerajaan Syria dipetik RT.
Bangunan yang dibedil itu dilaporkan terletak tidak jauh dari Kedutaan Iran di Damsyik.
Menurut akhbar Saudi, Al-Hadath, dipetik media Israel, peluru berpandu itu menyasarkan seorang pegawai Hizbullah yang bertanggungjawab ke atas Unit 4400, yang didakwa membekalkan militia Syiah Lubnan dengan senjata dari Iran.
Setakat ini, rejim zionis Israel tidak secara rasmi mengulas mengenai serangan udara itu.
Pesawat Israel menyerang Syria berulang kali sejak beberapa tahun lalu, dalam apa yang Damsyik dan yang lain kecam sebagai pencabulan terang-terangan ke atas kedaulatan Syria.
Serangan udara pada Selasa itu berlaku ketika tentera Israel meneruskan operasi darat mereka di Lubnan sejak 1 Oktober lalu.
Selasa lalu, Iran melancarkan peluru berpandu balistik bertubi-tubi ke atas Tel Aviv, dalam apa yang dikatakan Tehran sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas dan Hizbullah selain memberi amaran sebarang “pencerobohan” selanjutnya akan dibalas dengan tindakan balas.
Israel pula mengancam untuk melakukan serangan “serius dan penting” sebagai tindak balas, tetapi masih belum melancarkannya. – The Merdeka Times