Antarabangsa
Militia Iraq ancam serang UAE
Kumpulan militia Iraq mengancam untuk menyerang Emiriah Arab Bersatu (UAE) jika perang secara langsung dengan Israel tercetus di tengah-tengah krisis semakin meruncing di Lubnan dan kelemahan semakin ketara sekutu kumpulan itu, Hizbullah, lapor MEMO pada Ahad.
- Kumpulan militia Iraq mengancam untuk menyerang Emiriah Arab Bersatu (UAE) jika perang secara langsung dengan Israel tercetus di tengah-tengah krisis semakin meruncing di Lubnan dan kelemahan semakin ketara sekutu kumpulan itu, Hizbullah, lapor MEMO pada Ahad.
- Dalam satu hantaran di X, Ketua Militia Syiah Iraq “Kataib Sayyid al-Shuhada”, Abu Alaa al-Walaei berkata, “kumpulan penentangan di Iraq melihat UAE sebagai pangkalan entiti zionis paling kehadapan di kawasan Teluk dan sasaran utama serangan jika perang berskala penuh tercetus”.
- Al-Walaei memberi amaran bahawa “peluru berpandu dan dron kumpulan penentangan di Iraq yang kini boleh mencapai jauh ke dalam (kawasan) entiti zionis boleh dengan mudah menyerang lokasi alternatif entiti perampas itu di rantau ini”.
- Ancaman al-Walaei pada Khamis muncul di tengah-tengah peningkatan serangan drastik dan radikal Israel dalam konflik mereka dengan kumpulan Hizbullah yang disokong Iran di Lubnan sepanjang minggu lalu.
- Kemuncaknya adalah dengan pembunuhan ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah melalui serangan Israel di pinggir bandar Beirut.
Kumpulan militia Iraq mengancam untuk menyerang Emiriah Arab Bersatu (UAE) jika perang secara langsung dengan Israel tercetus di tengah-tengah krisis semakin meruncing di Lubnan dan kelemahan semakin ketara sekutu kumpulan itu, Hizbullah, lapor MEMO pada Ahad.
Dalam satu hantaran di X, Ketua Militia Syiah Iraq “Kataib Sayyid al-Shuhada”, Abu Alaa al-Walaei berkata, “kumpulan penentangan di Iraq melihat UAE sebagai pangkalan entiti zionis paling kehadapan di kawasan Teluk dan sasaran utama serangan jika perang berskala penuh tercetus”.
Al-Walaei memberi amaran bahawa “peluru berpandu dan dron kumpulan penentangan di Iraq yang kini boleh mencapai jauh ke dalam (kawasan) entiti zionis boleh dengan mudah menyerang lokasi alternatif entiti perampas itu di rantau ini”.
Ancaman al-Walaei pada Khamis muncul di tengah-tengah peningkatan serangan drastik dan radikal Israel dalam konflik mereka dengan kumpulan HIzbullah yang disokong Iran di Lubnan sepanjang minggu lalu.
Kemuncaknya adalah dengan pembunuhan ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah melalui serangan Israel di pinggir bandar Beirut.
Walaupun adanya serangan terhad ke atas Israel oleh militia Syiah Iraq, ramai yang berikrar untuk menghantar anggota dan pasukan ke Lubnan atau ke sempadannya untuk menyertai pertempuran menentang tentera Israel.
Situasi itu menimbulkan kebimbangan meluas bahawa konflik mungkin akan mencetuskan peperangan besar-besaran di rantau itu yang lebih luas. — The Merdeka Times