Antarabangsa
Maghribi akan membicarakan seorang askar Israel tuduhan jenayah perang
Maghribi bersedia untuk membicarakan seorang askar Israel atas tuduhan jenayah perang dilakukan dalam operasi ketenteraan di Gaza, menurut laporan Morocco World News.
- Maghribi bersedia untuk membicarakan seorang askar Israel atas tuduhan jenayah perang dilakukan dalam operasi ketenteraan di Gaza, menurut laporan Morocco World News.
- Mahkamah di Rabat bersetuju untuk mengkaji semula saman difailkan sekumpulan peguam Maghribi selepas seorang askar Israel bertindak melawat Marrakech setelah mengambil bahagian dalam perang genosid rejim Israel di Gaza.
- Moche Avichzer, didakwa terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia semasa kempen ketenteraan Israel di Gaza di mana lebih daripada 41,000 rakyat Palestin dibunuh dan 11,000 lagi hilang.
- Kumpulan hak asasi manusia sejak sekian lama menyeru pihak antarabangsa untuk menuntut agar anggota tentera Israel bertanggungjawab atas dakwaan jenayah perang dan langkah diambil Maghribi itu mampu menjadi pembuka jalan bagi tindakan undang-undang sedemikian.
Maghribi bersedia untuk membicarakan seorang askar Israel atas tuduhan jenayah perang dilakukan dalam operasi ketenteraan di Gaza, menurut laporan Morocco World News.
Mahkamah di Rabat bersetuju untuk mengkaji semula saman difailkan sekumpulan peguam Maghribi selepas seorang askar Israel bertindak melawat Marrakech setelah mengambil bahagian dalam perang genosid rejim Israel di Gaza.
Moche Avichzer, didakwa terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia semasa kempen ketenteraan Israel di Gaza di mana lebih daripada 41,000 rakyat Palestin dibunuh dan 11,000 lagi hilang.
Maghribi menormalisasikan hubungan dengan Israel pada 2020 dan perbicaraan ini boleh merenggangkan hubungan yang turut merangkumi perjanjian ketenteraan, demikian amaran penganalisis.
Kumpulan hak asasi manusia sejak sekian lama menyeru pihak antarabangsa untuk menuntut agar anggota tentera Israel bertanggungjawab atas dakwaan jenayah perang dan langkah diambil Maghribi itu mampu menjadi pembuka jalan bagi tindakan undang-undang sedemikian. – The Merdeka Times