Terkini
(VIDEO) Sijil halal: Kenyataan Teresa Kok tidak bantu jernihkan keadaan – Anwar
Kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam isu pensijilan halal tidak mewakili pendirian Pakatan Harapan (PH), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam isu pensijilan halal tidak mewakili pendirian Pakatan Harapan (PH), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, kenyataan Teresa mencetuskan kontroversi tidak relevan selain menyatakan Naib Pengerusi DAP itu tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan tidak membantu untuk menjernihkan keadaan.
- Beliau menasihati mana-mana pemimpin politik untuk mengemukakan sebarang cadangan atau kebimbangan mengenai sesuatu perkara dalam mesyuarat supaya perkara itu boleh diteliti secara menyeluruh.
- “Tak payah jadi begini kerana ini menimbulkan kontroversi yang tidak relevan dalam masyarakat kita.
- “Ada masalah… peraturan perlu supaya umat Islam tidak rasa was-was. Namun kalau dia (Teresa) rasakan peraturan itu tidak diperlukan di kawasan tertentu, bincanglah secara elok,” katanya dipetik media tempatan ketika merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban pada Ahad.
- Teresa pada Jumaat lalu dilaporkan berkata cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan.
- Ahli politik DAP itu berkata langkah terbabit bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.
KUALA LUMPUR — Kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam isu pensijilan halal tidak mewakili pendirian Pakatan Harapan (PH), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, kenyataan Teresa mencetuskan kontroversi tidak relevan selain menyatakan Naib Pengerusi DAP itu tidak sewajarnya mengeluarkan sebarang kenyataan tidak membantu untuk menjernihkan keadaan.
Anwar juga menasihati mana-mana pemimpin politik untuk mengemukakan sebarang cadangan atau kebimbangan mengenai sesuatu perkara dalam mesyuarat supaya perkara itu boleh diteliti secara menyeluruh.
“Tak payah jadi begini kerana ini menimbulkan kontroversi yang tidak relevan dalam masyarakat kita.
“Ada masalah… peraturan perlu supaya umat Islam tidak rasa was-was. Namun kalau dia (Teresa) rasakan peraturan itu tidak diperlukan di kawasan tertentu, bincanglah secara elok,” katanya dipetik media tempatan ketika merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban pada Ahad.
Teresa pada Jumaat lalu dilaporkan berkata cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan, termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.
Beliau berkata langkah itu bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.
Katanya, pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukannya dilaksanakan secara paksa yang akan menambah kesukaran operasi perniagaan.
Ini susulan laporan media mengenai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Teresa tidak sewajarnya mengeluarkan sebarang kenyataan yang disifatkan tidak membantu menjernihkan keadaan.
“Kalau dia mahu mewakili beberapa pihak, tidak mengapa… tetapi tidak perlu (buat kenyataan sedemikian secara terbuka) kerana ia tidak membantu untuk menjernihkan keadaan.
“Kita kena jaga sentimen Muslim dan bukan Islam. Cara dia (adalah) runding secara elok dahulu. Bukan tunjuk kehebatan masing-masing.
“Negara kita sudah dalam keadaan baik sekarang, politik sudah stabil, penghargaan dunia baik, ekonomi naik (justeru) perlu apa perkara ini nak merosakkan (keharmonian dan kesejahteraan negara),” kata Anwar. — The Merdeka Times