Antarabangsa
Keganasan wanita: Lelaki tukar jantina untuk elak hukuman penjara Sepanyol
Seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan kerana menyerang pasangannya telah ‘mengelak’ hukuman penjara dengan bertindak menukar jantina supaya dia tidak boleh dihukum atas dakwaan keganasan berasaskan jantina, lapor Daily Mail.
- Seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan kerana menyerang pasangannya telah ‘mengelak’ hukuman penjara dengan bertindak menukar jantina supaya dia tidak boleh dihukum atas dakwaan keganasan berasaskan jantina, lapor Daily Mail.
- Antonio Luis B.R. dibebaskan apabila Mahkamah Keganasan terhadap Wanita di Seville, Sepanyol, menarik diri dari kes itu selepas dirinya sah berubah menjadi seorang wanita.
- Menurut peguam mangsa, Jose Antonio Sires, anak guamnya memutuskan hubungannya dengan Luis lima tahun yang lalu selepas sedekad mengalami penderaan psikologi dan fizikal.
- Walaupun mangsa berjaya mendapat perintah larangan ke atas Luis, lelaki itu mengabaikan dan terus mengganggunya.
Seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan kerana menyerang pasangannya telah ‘mengelak’ hukuman penjara dengan bertindak menukar jantina supaya dia tidak boleh dihukum atas dakwaan keganasan berasaskan jantina, lapor Daily Mail.
Antonio Luis B.R. dibebaskan apabila Mahkamah Keganasan terhadap Wanita di Seville, Sepanyol, menarik diri dari kes itu selepas dirinya sah berubah menjadi seorang wanita.
Menurut peguam mangsa, Jose Antonio Sires, anak guamnya memutuskan hubungannya dengan Luis lima tahun yang lalu selepas sedekad mengalami penderaan psikologi dan fizikal.
Walaupun mangsa berjaya mendapat perintah larangan ke atas Luis, lelaki itu mengabaikan dan terus mengganggunya.
Pada 2019, kes itu dibawa ke mahkamah dan Luis dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan kerana melanggar perintah larangan dan membuat ancaman terhadap bekas pasangannya.
Kes itu berlarutan selama bertahun-tahun sementara pihak pembelaan terus membuat rayuan terhadap hukuman tersebut.
Rayuan itu gagal dan akhirnya mahkamah mengarahkan Luis dipenjarakan pada 11 September tahun lalu.
Namun, ekoran perubahannya menjadi seorang wanita sebulan sebelumnya, Luis terlepas dari keadilan.
Dia menggunakan undang-undang baharu yang membenarkan individu berumur 16 tahun ke atas untuk menukar jantina berdaftar mereka tanpa perlu menjalani pemeriksaan perubatan atau psikologi.
Peguamnya membuat rayuan semula dengan mengatakan dia tidak boleh diadili atas jenayah berasaskan jantina kerana dia “seorang yang baru”.
Mereka mendakwa mahkamah tidak lagi boleh membicarakannya sebagai seorang lelaki kerana tindakan itu melanggar undang-undang LGBT, memohon pengampunan dan menuntut agar kes itu digugurkan – dan Mahkamah Keganasan terhadap Wanita menarik diri dari kes itu.
Dalam satu perbicaraan pada 13 Ogos lalu, mahkamah mendengar bahawa “tertuduh kini seorang wanita”, maka dengan itu adanya “kekurangan bidang kuasa objektif”. – The Merdeka Times