Antarabangsa
Slovakia boikot majlis penutup Olimpik
Timbalan Perdana Menteri Slovakia tidak akan menyertai upacara penutupan Sukan Olimpik Paris 2024 ekoran kontroversi parodi “Last Supper” ketika pembukaan temasya sukan itu, minggu lalu.
- Timbalan Perdana Menteri Slovakia tidak akan menyertai upacara penutupan Sukan Olimpik Paris 2024 ekoran kontroversi parodi “Last Supper” ketika pembukaan temasya sukan itu, minggu lalu.
- Penganjur Sukan Olimpik di Paris dikatakan menyajikan elemen keji untuk persembahan dunia, penuh dengan ideologi LGBT dan penghinaan terhadap simbol agama Kristian, kata Tomas Taraba dalam catatannya di platform Facebook pada Ahad.
- “Saya sepatutnya mewakili Slovakia pada majlis penutupan, tetapi bagi dunia normal, Sukan Olimpik ini selamanya kekal sebagai simbol dekad merosot, menyalahgunakan keindahan sukan dan menjadikannya teater politik progresif.
- “Maka dengan itu, saya memutuskan untuk tidak menyertai majlis penutupnya,” kata Taraba dipetik agensi berita Anadolu pada Isnin.
- Persembahan pembukaan acara itu pada Jumaat yang diketuai ratu pondan dan penari mendapat tindak balas ketara daripada dunia penganut Kristian, mengatakan ia biadab terhadap kepercayaan agama.
Timbalan Perdana Menteri Slovakia tidak akan menyertai upacara penutupan Sukan Olimpik Paris 2024 ekoran kontroversi parodi “Last Supper” ketika pembukaan temasya sukan itu, minggu lalu.
Penganjur Sukan Olimpik di Paris dikatakan menyajikan elemen keji untuk persembahan dunia, penuh dengan ideologi LGBT dan penghinaan terhadap simbol agama Kristian, kata Tomas Taraba dalam catatannya di platform Facebook pada Ahad.
“Saya sepatutnya mewakili Slovakia pada majlis penutupan, tetapi bagi dunia normal, Sukan Olimpik ini akan selamanya kekal sebagai simbol dekadensi (kemerosotan nilai) yang semakin merosot, menyalahgunakan keindahan sukan dan menjadikannya teater politik progresif.
“Maka dengan itu, saya memutuskan untuk tidak menyertai majlis penutupnya,” kata Taraba dipetik agensi berita Anadolu pada Isnin.
Persembahan pembukaan acara itu pada Jumaat yang diketuai ratu pondan dan penari mendapat tindak balas ketara daripada dunia penganut Kristian, mengatakan ia biadab terhadap kepercayaan agama.
“Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa sedang memadam upacara pembukaan memalukan itu daripada Internet.
“Penghinaan terhadap agama Kristian dan kemerosotan nilai yang dibentangkan telah mencapai tahap sedemikian rupa sehingga mereka menyinggung perasaan orang-orang normal seluruh dunia yang memahami perbezaan di antara budaya dan sampah,” kata Taraba dalam catatan berasingan di X. – The Merdeka Times