Antarabangsa
Gaza tidak disebut dalam ucapan terakhir Ketua NATO
Perang Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza tidak disebut dalam ucapan terakhir Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg di Sidang Kemuncak NATO di Washington, lapor Al Jazeera.
- Perang Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza tidak disebut dalam ucapan terakhir Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg di Sidang Kemuncak NATO di Washington, lapor Al Jazeera.
- Insiden itu berlaku walaupun beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan tersebut terhadap hak asasi manusia.
- Terdahulu, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez memberi amaran bahawa persepsi “dwistandard” (double standard) terhadap Ukraine dan Gaza boleh melemahkan usaha mengajak negara-negara bukan Eropah mempertahankan perintah antarabangsa berasaskan peraturan.
- Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden juga gagal menyebut berkenaan konflik tersebut, sebaliknya mencetuskan perdebatan mengenai pencalonannya untuk pilihan raya presiden pada November.
Perang Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza tidak disebut dalam ucapan terakhir Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg di Sidang Kemuncak NATO di Washington, lapor Al Jazeera.
Insiden itu berlaku walaupun beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan tersebut terhadap hak asasi manusia.
Terdahulu, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez memberi amaran bahawa persepsi “dwistandard” (double standard) terhadap Ukraine dan Gaza boleh melemahkan usaha mengajak negara-negara bukan Eropah mempertahankan perintah antarabangsa berasaskan peraturan.
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden juga gagal menyebut berkenaan konflik tersebut, sebaliknya mencetuskan perdebatan mengenai pencalonannya untuk pilihan raya presiden pada November.
Biden hanya menyentuh sedikit berkenaan penderitaan rakyat Gaza di mana lebih 38,000 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh dengan pasukan Israel menghadapi tuduhan penyalahgunaan hak asasi manusia yang meluas.
Sebaliknya, presiden AS itu menekankan hubungan lamanya dengan Israel, merujuk kepada pengalamannya bertemu dengan bekas pemimpin Israel, Golda Meir ketika beliau masih menjadi senator AS. – The Merdeka Times