Antarabangsa
Jangan masuk ‘perangkap AS’ – Yaman beri amaran kepada Arab Saudi
Pemimpin gerakan penentangan Ansarallah, Abdul Malik al-Houthi pada Ahad memberi amaran kepada Arab Saudi supaya tidak “bersekongkol” dengan Amerika Syarikat (AS) dan Britain (UK) untuk mengambil “langkah agresif” terhadap Sanaa dan menyokong Israel.
- Pemimpin gerakan penentangan Ansarallah, Abdul Malik al-Houthi pada Ahad memberi amaran kepada Arab Saudi supaya tidak “bersekongkol” dengan Amerika Syarikat (AS) dan Britain (UK) untuk mengambil “langkah agresif” terhadap Sanaa dan menyokong Israel.
- “Arab Saudi mesti sedar bahawa langkah mereka yang tidak bertanggungjawab dan bodoh tidak boleh diterima, dan mereka mesti tinggalkan jalan menyesatkan ini.
- “AS telah menghantar mesej kepada kami bahawa ia akan mendorong rejim Saudi untuk mengambil langkah agresif (terhadap kami), dan terdapat kunjungan dari Amerika ke Arab Saudi untuk tujuan itu.
- “Orang Amerika mahu melibatkan Arab Saudi dalam peperangan menyeluruh, bermakna keadaan kami (dan Arab Saudi) akan kembali seperti kemuncak peningkatan ketegangan,” kata Houthi dalam ucapannya pada Ahad dipetik The Cradle.
- Beliau menegaskan rakyat Yaman “bertahan kerana mereka percaya adanya pertempuran penting dengan diutamakan perjuangan Palestin berbanding perjuangan mereka sendiri”.
- “Orang Amerika sedang cuba memerangkap kamu (Arab Saudi), dan jika kamu mahukannya, maka cubalah. Jika kamu mahu kebaikan untuk diri sendiri dan kestabilan untuk negara dan ekonomi kamu, hentikan konspirasi kamu terhadap negara kami,” kata Houthi.
Pemimpin gerakan penentangan Ansarallah, Abdul Malik al-Houthi pada Ahad memberi amaran kepada Arab Saudi supaya tidak “bersekongkol” dengan Amerika Syarikat (AS) dan Britain (UK) untuk mengambil “langkah agresif” terhadap Sanaa dan menyokong Israel.
“Arab Saudi mesti sedar bahawa langkah mereka yang tidak bertanggungjawab dan bodoh tidak boleh diterima, dan mereka mesti tinggalkan jalan menyesatkan ini.
“AS telah menghantar mesej kepada kami bahawa ia akan mendorong rejim Saudi untuk mengambil langkah agresif (terhadap kami), dan terdapat kunjungan dari Amerika ke Arab Saudi untuk tujuan itu.
“Orang Amerika mahu melibatkan Arab Saudi dalam peperangan menyeluruh, bermakna keadaan kami (dan Arab Saudi) akan kembali seperti kemuncak peningkatan ketegangan,” kata Houthi dalam ucapannya pada Ahad dipetik The Cradle.
Pemimpin Houthi itu menegaskan rakyat Yaman “bertahan kerana mereka percaya adanya pertempuran penting dengan diutamakan perjuangan Palestin berbanding perjuangan mereka sendiri”.
“Orang Amerika sedang cuba memerangkap kamu (Arab Saudi), dan jika kamu mahukannya, maka cubalah. Jika kamu mahu kebaikan untuk diri sendiri dan kestabilan untuk negara dan ekonomi kamu, hentikan konspirasi kamu terhadap negara kami.
“Langkah untuk meningkatkan ketegangan terhadap negara kami adalah sesuatu yang kami tidak boleh terima,” kata Houthi.
Houthi turut memberi amaran kepada Riyadh bahawa terjatuh dalam perangkap ini satu kesilapan dan kegagalan besar selain menjadi hak mereka untuk menentang sebarang langkah agresif.
“Jika kamu terlibat, peningkatan (balasan) kami akan lebih besar dan jangan bergantung kepada orang Amerika; mereka adalah kegagalan,” katanya.
Ucapan Houthi menyusul selepas perbincangan pelepasan tahanan ditaja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) antara Sanaa dan Majlis Kepimpinan Presiden (PLC) yang dilantik Arab Saudi di Oman. – The Merdeka Times