Connect with us

Terkini

Pelaburan BlackRock di Malaysia cecah RM27.5 bilion, pengguguran datangkan implikasi negatif

Pengguguran pelaburan BlackRock dari Malaysia, sekiranya berlaku akan mendatangkan kesan negatif kepada usaha untuk merealisasikan agenda pelaburan negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
  • Pengguguran pelaburan BlackRock dari Malaysia, sekiranya berlaku akan mendatangkan kesan negatif kepada usaha untuk merealisasikan agenda pelaburan negara. – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
  • Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai perincian pelaburan oleh BlackRock di Malaysia serta impak kepada ekonomi negara sekiranya semua pelaburan BlackRock sejak berpuluh-puluh tahun kebelakangan ini digugurkan.
  • Tengku Zafrul berkata daripada jumlah itu, RM20.5 bilion pelaburan BlackRock adalah dalam pasaran saham Bursa Malaysia dan sekitar RM7 bilion dalam bon kerajaan dan korporat di dalam negara.

KUALA LUMPUR — Pengguguran pelaburan BlackRock dari Malaysia, sekiranya berlaku akan mendatangkan kesan negatif kepada usaha untuk merealisasikan agenda pelaburan negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Blackrock ialah pemegang saham pelbagai syarikat tersenarai dunia, dana-dana berdaulat Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Oman, Bahrain dan Indonesia.

Beliau berkata BlackRock yang merupakan pengurus aset terbesar di dunia dengan aset di bawah pengurusan (AUM) syarikat tersebut bernilai US$10.5 trilion setakat 31 Mac, 2024, turut memegang pelaburan ekuiti di dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia sehingga Mei tahun ini.

“Ini merangkumi sektor industri, dengan tiga entiti terbesar merupakan institusi perbankan di negara ini. Secara keseluruhan mereka memiliki aset bernilai sekitar RM27.5 bilion di Malaysia,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai perincian pelaburan oleh BlackRock di Malaysia serta impak kepada ekonomi negara sekiranya semua pelaburan BlackRock sejak berpuluh-puluh tahun kebelakangan ini digugurkan.

Tengku Zafrul berkata daripada jumlah itu, RM20.5 bilion pelaburan BlackRock adalah dalam pasaran saham Bursa Malaysia dan sekitar RM7 bilion dalam bon kerajaan dan korporat di dalam negara.

 “Antara pelaburan BlackRock di dalam pasaran bon terbitan kerajaan termasuk dalam Malaysia Sukuk Global Bhd; Export-Import Bank of Malaysia Bhd; Malaysia Wakala Sukuk Bhd; Petroliam Nasional Bhd; dan Malaysia Sovereign Sukuk Bhd.

BlackRock juga merupakan pemegang saham bagi beberapa syarikat multinasional besar yang beroperasi di Malaysia termasuk Microsoft, Boeing, Intel, dan Texas Instruments, katanya.

Syarikat-syarikat seperti Microsoft, Boeing, Intel, dan Texas Instruments yang mempunyai pemilikan saham oleh BlackRock ini menyumbang kepada pembangunan industri dan negeri melalui projek pelaburan yang dijalankan di Malaysia.

“Ini termasuk Intel yang menyumbang kepada pertumbuhan subsektor semikonduktor di Pulau Pinang; Infineon di Melaka dan Kedah, Texas Instruments dalam industri elektrikal dan elektronik di Melaka dan Kuala Lumpur; dan subsidiari Boeing, iaitu Aerospace Composites Malaysia Sdn Bhd dalam industri aeroangkasa di Kedah,” katanya.

Tengku Zafrul berkata Microsoft yang baru-baru ini mengumumkan pelaburan pula akan menyumbang kepada pembangunan infrastruktur pusat data di lokasi baharu yang akan ditentukan kemudian.

Secara keseluruhan, syarikat-syarikat yang saya nyatakan sebentar tadi merupakan pelaburan asing yang telah membuat pelaburan yang signifikan di Malaysia, serta mewujudkan peluang pekerjaan, khususnya dalam sektor berteknologi dan bernilai tinggi yang disasarkan oleh negara,” katanya.

Beliau yang memperincikan pelaburan tersebut berkata Intel telah membuat pelaburan RM32 bilion dan menggaji lebih daripada 10,000 orang pekerja, manakala Texas Instruments telah membuat pelaburan sebanyak RM13 bilion dan menggaji lebih daripada 2,000 orang pekerja di Malaysia.

Boeing, melalui subsidiarinya, Aerospace Composites Malaysia Sdn Bhd pula telah membuat pelaburan RM300 juta dan menggaji 900 orang pekerja serta ROHM Electronics (Malaysia) di Kelantan membuat pelaburan sebanyak RM3 bilion dan menggaji lebih daripada 2,000 orang pekerja, katanya.

Infineon yang berada di Kedah dan Melaka telah mengumumkan komitmen pelaburan tambahan sebanyak RM25 bilion, dan setakat ini menggaji lebih 13,000 rakyat Malaysia.

Pada masa ini, Microsoft menggaji lebih 200 orang pekerja di Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Pada 2 Mei, 2024, syarikat telah mengumumkan komitmen pelaburan tambahan RM10.5 bilion,” katanya.

Bagi perdagangan, Intel telah menyumbang RM50 bilion nilai eksport untuk komponen semikonduktor, Texas Instruments menyumbang RM20 bilion nilai eksport komponen elektronik; dan Microsoft telah menyumbang RM15 bilion nilai eksport perkhidmatan teknologi maklumat.

Tengku Zafrul berkata Malaysia tidak mengamalkan sebarang dasar yang menghalang mana-mana pelaburan syarikat global seperti BlackRock dan penglibatannya dalam syarikat tersenarai di pasaran saham.

“Kita tidak ada penglibatan atau tidak ada polisi yang menghalang mereka buat masa ini,” katanya.

Mengenai penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd, menteri itu berkata perkara tersebut telah dijawab secara jelas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu ini.

Soal Kabinet, mungkin saya boleh beri sedikit penjelasan dari segi tata urus memang keputusan itu dibuat di peringkat Khazanah Nasional Bhd jadi saya sebagai Ahli Jemaah Menteri hanya dimaklumkan semasa Mesyuarat Kabinet oleh Perdana Menteri semasa itu keputusan telah dibuat,” katanya. – BERNAMA

Author

Terkini

Lelaki mohon pengisytiharan sebagai Sikh, tidak pernah beragama Islam

Mengaku dibesarkan dalam kepercayaan Sikh sejak kecil, seorang lelaki berusia 28 tahun merujuk mahkamah sivil untuk membuat pengisytiharan dia tidak pernah beragama Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lelaki itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Dis 2023, berhubung dakwaan dia dibesarkan sebagai Sikh oleh arwah ibunya yang mualaf.
  • Menurut afidavit lelaki itu, ibunya, yang meninggal dunia pada 17 Nov 2007, pada mulanya seorang Sikh dan memeluk Islam selepas berkahwin dengan bapanya, seorang Muslim dari Pakistan, pada 8 Ogos 1993.
  • Lelaki itu berkata dia dilahirkan di Malaysia pada 25 Jun 1996, namun ibunya terus membesarkannya sebagai Sikh dan dia terus diajar Sikh pada zaman kanak-kanaknya oleh bapa saudaranya.
  • MAIWP bagaimanapun memohon untuk membatalkan saman itu tanpa dikenakan perbicaraan penuh dengan alasan hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa menentukan status agama lelaki itu.
  • Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan MAIWP untuk membatalkan permohonan pada 30 Sept.

KUALA LUMPUR — Mengaku dibesarkan dalam kepercayaan Sikh sejak kecil, seorang lelaki berusia 28 tahun merujuk mahkamah sivil untuk membuat pengisytiharan dia tidak pernah beragama Islam.

Lelaki itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Dis 2023, berhubung dakwaan dia dibesarkan sebagai Sikh oleh arwah ibunya yang mualaf.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagaimanapun memohon untuk membatalkan saman itu tanpa dikenakan perbicaraan penuh dengan alasan hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa menentukan status agama lelaki itu.

Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan MAIWP untuk membatalkan permohonan pada 30 Sept.

Menurut afidavit lelaki itu, ibunya, yang meninggal dunia pada 17 Nov 2007, pada mulanya seorang Sikh dan memeluk Islam selepas berkahwin dengan bapanya, seorang Muslim dari Pakistan, pada 8 Ogos 1993.

Lelaki itu berkata dia dilahirkan di Malaysia pada 25 Jun 1996, namun ibunya terus membesarkannya sebagai Sikh dan dia terus diajar Sikh pada zaman kanak-kanaknya oleh bapa saudaranya.

Penduduk di Setapak, Kuala Lumpur itu berhujah bahawa dia tidak tertakluk kepada undang-undang Islam kerana tidak pernah menganut agama itu dan didikan di rumah adalah mengikut kepercayaan dan doktrin Sikh.

“Sehingga hari ini, saya masih mengamalkan agama Sikh dan kerap melawat kuil Sikh bersama bapa-bapa saudara dan keluarga saya dan meraikan semua perayaan-perayaan dan upacara keagamaan Sikh seperti Vaisakhi, Gurpurab, Akand Paath, Bandi Chor Divas dan Lohri.

“Saya tidak pernah menganut Islam secara rela pada bila-bila masa. Saya tidak pernah berdoa mengikut agama Islam atau melawat masjid.

“Saya tidak pernah merayakan mana-mana perayaan umat Islam atau mengamalkan apa-apa kepercayaan Islam, termasuk hanya mengambil makanan atau minuman halal dan berpuasa.

“Sebaliknya, saya biasanya akan menjadi vegetarian setiap kali saya melawat kuil atau sebelum perayaan Sikh,” katanya dipetik MalaysiaKini hari ini.

Pemohon berpendapat Butiran 1 di bawah “Senarai II-Senarai Negeri” Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa undang-undang Islam hanya terpakai kepada orang yang “rela menganut agama Islam”.

“Sepanjang hidup saya, apabila dipanggil untuk membuat pengisytiharan lisan tentang agama pilihan saya, saya sentiasa menjawab ‘Sikhisme’,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending