Connect with us

Terkini

ESG kurangkan kos, maksimum pulangan perusahaan mikro, kecil & sederhana – CEO SME Corp

Pelaksanaan prinsip Ekonomi, Sosial dan Urus Tadbir (ESG) akan mengurangkan kos dan memberi pulangan lebih baik kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corporation Malaysia (SME Corp), Rizal Nainy.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corporation Malaysia (SME Corp), Rizal Nainy.
  • Pelaksanaan prinsip Ekonomi, Sosial dan Urus Tadbir (ESG) akan mengurangkan kos dan memberi pulangan lebih baik kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corporation Malaysia (SME Corp), Rizal Nainy.
  • Beliau berkata ESG bukan rangka kerja sekadar memenuhi keperluan perniagaan, tetapi ia inisiatif pengukuhan jenama selain pada jangka masa panjang berfungsi mengurangkan kos operasi PMKS.
  • “ESG ini bukan sekadar requirement untuk sesuatu perniagaan tu, tetapi ia dari segi jangka masa panjang, dia akan memberi pulangan yang baik, profit, akan mengurangkan lagi kos.
  • “Begitu juga dengan reputasi, jenama, bila ada ESG ni maka secara umumnya mereka mengetahui yang produk-produk begini adalah produk yang berkualiti, yang memang peka kepada persekitaran, begitu juga dengan tatakelola yang baik,” katanya di Majlis Pelancaran ASEAN Hong Kong, China (AHKC) SMEs Going ESG Policy Dialogue & Workshop 2024 di Sunway Putra Hotel di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan prinsip Ekonomi, Sosial dan Urus Tadbir (ESG) akan mengurangkan kos dan memberi pulangan lebih baik kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corporation Malaysia (SME Corp), Rizal Nainy.

Rizal berkata ESG bukan rangka kerja sekadar memenuhi keperluan perniagaan, tetapi ia inisiatif pengukuhan jenama, selain pada jangka masa panjang berfungsi mengurangkan kos operasi PMKS.

“ESG ini bukan sekadar requirement untuk sesuatu perniagaan tu, tetapi ia dari segi jangka masa panjang, dia akan memberi pulangan yang baik, profit, akan mengurangkan lagi kos.

“Sebabnya kalau kita tengok kriteria di dalam ESG seperti persekitaran, environment, ada waste management, pengurusan sisa ya, pengurusan air, pengurusan tenaga dan juga pengurusan energylah.

“Maka dengan ada pengurusan yang baik, seperti menggunakan solar umpamanya, dia akan mengurangkan penggunaan elektrik secara apa yang kita buat sekarang ni, jadi pengurangan tu akan memberi pengurangan kos dari segi perniagaan, maka dengan itu dia akan memberi keuntungan yang lebih dari jangka masa panjang.

“Begitu juga dengan reputasi, jenama, bila ada ESG ni, maka secara umumnya mereka mengetahui yang produk-produk begini adalah produk yang berkualiti, yang memang peka kepada persekitaran, begitu juga dengan tatakelola yang baik,” katanya di Majlis Pelancaran ASEAN Hong Kong, China (AHKC) SMEs Going ESG Policy Dialogue & Workshop 2024 di Sunway Putra Hotel di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick itu dihadiri sekitar 300 delegasi negara ASEAN yang bakal berkongsi pengamalan ESG negara dan industri masing-masing dalam dialog dan bengkel selama dua hari bermula hari ini.

Menjawab pertanyaan The Merdeka Times, Rizal memperakui cabaran pelaksanaan pengamalan ESG berpunca daripada kekurangan pengetahuan dan informasi dalam kalangan PMKS.

“ESG ni kepada PMKS memang menjadi satu cabaran, yang pertamanya cabaran utama mereka sebab kekurangan ilmu ataupun information berkenaan ESG, jadi mereka tak tahu bagaimana nak bermula,” katanya.

Rizal turut berkongsi langkah diambil SME Corp bagi memudahkan PMKS mendapatkan informasi garis panduan ESG yang boleh diakses di laman sesawang SME Corp.

“SME Malaysia telah mengeluarkan satu quick guide, garis panduan kepada PMKS di dalam ESG ini. 

“Dan di dalam buku tersebut atau buku panduan tersebut memang very orang cakap senang untuk difahami oleh PKS, ada lapan langkah atau step yang mudah untuk dibuat dan 13 kriteria yang perlu mereka melaksanakan (dalam) assessment ESG tersebut. 

“Jadi senang nak faham, saya harap semua PKS di luar sana pergi ke website kami yang mempunyai link kepada self assessment (penilaian kendiri) ESG tersebut dan mereka akan dapat buku panduan secara percuma, iaitu E-book secara percuma,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *