Connect with us

Antarabangsa

Israel akan terima 25 pesawat pejuang F-35

Israel akan memperoleh skuadron ketiga jet pejuang Lockheed Martin F-35, kata Kementerian Pertahanan Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel akan memperoleh skuadron ketiga jet pejuang Lockheed Martin F-35, kata Kementerian Pertahanan Israel.
  • Al Jazeera melaporkan perjanjian bernilai $3 bilion itu akan menjadikan keseluruhan jumlah pesawat dalam tentera udara Israel 75 pesawat.
  • Amerika Syarikat (AS) secara rasmi menandatangani surat tawaran dan penerimaan 25 pesawat pejuang yang akan mula dihantar pada 2028 dengan kadar tiga hingga lima pesawat setahun, kata Kementerian Pertahanan Israel.

Israel akan memperoleh skuadron ketiga jet pejuang Lockheed Martin F-35, kata Kementerian Pertahanan Israel.

Al Jazeera melaporkan perjanjian bernilai $3 bilion itu akan menjadikan keseluruhan jumlah pesawat dalam tentera udara Israel 75 pesawat.

Amerika Syarikat (AS) secara rasmi menandatangani surat tawaran dan penerimaan 25 pesawat pejuang yang akan mula dihantar pada 2028 dengan kadar tiga hingga lima pesawat setahun, kata Kementerian Pertahanan Israel.

Israel merupakan negara pertama luar AS yang memperoleh F-35 dan kekal sebagai satu-satunya negara di Timur Tengah yang memiliki pesawat senjata canggih itu.

Memandangkan Israel dituduh melakukan jenayah perang di Gaza, kebimbangan berkenaan negara yang mempersenjatainya rejim itu kekal berlarutan. – The Merdeka Times

Author