Connect with us

Terkini

Parallel Pathway di UiTM: Beberapa akta perlu dipinda – Fahmi Fadzil

Beberapa pindaan terhadap undang-undang sedia ada mungkin akan dibuat bagi menyelesaikan kemelut isu Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘Parallel Pathway’.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
  • “Pihak Pejabat Peguam Negara sudah memberi beberapa pandangan dari segi perundangan dan Jemaah Menteri dimaklumkan bahawa perlu sedikit pindaan kepada undang-undang sedia ada.
  • “Ini akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan. Jadi belum diputuskan tetapi ada perkembangan dan kertas (Kabinet) yang dimaksudkan akan dibawa minggu depan,” kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dipetik Berita Harian pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya hari ini.
  • Portal berita kesihatan CodeBlue pada April lalu melaporkan anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan ‘Parallel Pathway’ bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).
  • Fahmi ketika ditanya apa undang-undang akan dipinda bagi menyelesaikan isu berkenaan, menjelaskan perkara itu masih belum dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.
  • Mengulas lanjut, Fahmi berkata “ada sedikit salah faham dalam khalayak umum kerana dimaklumkan sebelum ini bukan untuk membuka bagi tujuan pendidikan tetapi bagi ‘housemanship’ di Hospital UiTM.
  • “Itu yang dimaksudkan dan dimaklumkan kepada Jemaah Menteri kerana apabila isu itu dibangkitkan, ia seolah-olah ada kaitan tetapi sebenarnya perkara berbeza,” katanya.

KUALA LUMPUR — Beberapa pindaan terhadap undang-undang sedia ada mungkin akan dibuat bagi menyelesaikan kemelut isu Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘Parallel Pathway’.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pandangan perundangan itu dimaklumkan Pejabat Peguam Negara kepada Jemaah Menteri hari ini.

“Pihak Pejabat Peguam Negara sudah memberi beberapa pandangan dari segi perundangan dan Jemaah Menteri dimaklumkan bahawa perlu sedikit pindaan kepada undang-undang sedia ada.

“Ini akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan. Jadi belum diputuskan tetapi ada perkembangan dan kertas (Kabinet) yang dimaksudkan akan dibawa minggu depan,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya hari ini.

Portal berita kesihatan CodeBlue pada April lalu melaporkan anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program tersebut secara sementara kepada pelatih dan graduan ‘Parallel Pathway’ bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).

Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. 

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagaimanapun pada 15 Mei lalu, menegaskan tiada perbincangan diadakan pada peringkat kementerian atau Kabinet mengenai UiTM.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata seperti mana dinyatakan beliau pada 2 Mei lalu, KPT sememangnya tidak pernah membincangkan atau membenarkan universiti awam itu dibuka kepada pelajar bukan bumiputera sepertimana isu itu dimainkan hari ini.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika ditanya apa undang-undang akan dipinda bagi menyelesaikan isu berkenaan, menjelaskan perkara itu masih belum dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

“Perlu tunggu pembentangan kertas (Kabinet) minggu depan,” katanya.

Beliau berkata seperti dijelaskan Zambry, terdapat salah faham dalam kalangan ramai membabitkan isu berkenaan.

Katanya, beberapa pihak termasuk UiTM dan bekas Naib Canselornya sudah diberikan penjelasan berhubung perkara itu.

“Ada sedikit salah faham dalam khalayak umum kerana dimaklumkan sebelum ini bukan untuk membuka bagi tujuan pendidikan tetapi bagi ‘housemanship’ di Hospital UiTM.

“Itu yang dimaksudkan dan dimaklumkan kepada Jemaah Menteri kerana apabila isu itu dibangkitkan, ia seolah-olah ada kaitan tetapi sebenarnya perkara berbeza,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Rumah Putih ubah pendirian, larang pembedahan transgender kanak-kanak

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengatakan pembedahan transgender tidak boleh dilakukan ke atas kanak-kanak, tindakan yang dilihat sebagai perubahan besar dalam pendirian mereka.

Wartawan TMT

Published

on

  • Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengatakan pembedahan transgender tidak boleh dilakukan ke atas kanak-kanak, tindakan yang dilihat sebagai perubahan besar dalam pendirian mereka.
  • Jurucakap Rumah Putih dalam kenyataan pada Rabu berkata, “keputusan yang sangat peribadi” seperti keputusan melakukan pembedahan harus dikhususkan untuk individu berusia lebih 18 tahun sahaja, lapor Daily Mail.
  • Beberapa kumpulan LGBT dengan pantas mengkritik perubahan pendirian itu, menyebutnya sebagai “salah sepenuhnya” dan menuduh Presiden “salah dalam aspek sains dan bahan (substance)”.

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengatakan pembedahan transgender tidak boleh dilakukan ke atas kanak-kanak, tindakan yang dilihat sebagai perubahan besar dalam pendirian mereka.

Jurucakap Rumah Putih dalam kenyataan pada Rabu berkata, “keputusan yang sangat peribadi” seperti keputusan melakukan pembedahan harus dikhususkan untuk individu berusia lebih 18 tahun sahaja, lapor Daily Mail.

Namun pentadbiran Biden tetap menyokong bentuk penjagaan pengesahan jantina lain untuk kanak-kanak bawah umur, termasuk ubat penyekat akil baligh dan terapi hormon.

Ia dilihat sebagai perubahan keputusan terdahulu Rumah Putih dengan Biden sendiri sebelum ini menyelar negeri Republikan kerana menyekat akses kanak-kanak kepada pembedahan.

Beberapa kumpulan LGBT dengan pantas mengkritik perubahan pendirian itu, menyebutnya sebagai “salah sepenuhnya” dan menuduh Presiden “salah dalam aspek sains dan bahan (substance)”. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending