Antarabangsa
(VIDEO) Kubur besar Gaza, bukti siksaan pada hampir 400 mayat ditemui
Kubur besar yang ditemui di dua hospital di Gaza menemukan 392 mayat, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua.
- Kubur besar yang ditemui di dua hospital di Gaza menemukan 392 mayat, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua.
- Penemuan itu turut menunjukkan tanda berlakunya penyeksaan dan hukuman mati, kata pegawai di kawasan itu dipetik Al Jazeera.
- Pada hari keenam berturut-turut misi menggali mayat di selatan Gaza, pegawai Pertahanan Awam Palestin pada Khamis mendedahkan butiran baharu dan mengerikan berkenaan kubur besar di sekitar hospital Nasser dan al-Shifa.
- Sepuluh daripada mayat ditemui dengan tangan terikat manakala yang lain, tiub perubatan masih berada pada tubuh mereka, menunjukkan mereka mungkin ditanam hidup-hidup, kata anggota pertahanan awam Mohammed Mughier.
- “Kami memerlukan pemeriksaan forensik sekitar 20 mayat untuk orang yang kami duga telah ditanam hidup-hidup,” kata Mughier.
Kubur besar yang ditemui di dua hospital di Gaza menemukan 392 mayat, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua.
Penemuan itu turut menunjukkan tanda berlakunya penyeksaan dan hukuman mati, kata pegawai kawasan itu dipetik Al Jazeera.
Pada hari keenam berturut-turut misi menggali mayat di selatan Gaza, pegawai Pertahanan Awam Palestin pada Khamis mendedahkan butiran baharu dan mengerikan berkenaan kubur besar di sekitar hospital Nasser dan al-Shifa.
Anggota pertahanan awam, Mohammed Mughier berkata sepuluh daripada mayat ditemui dengan tangan terikat, manakala yang lain dengan tiub perubatan masih berada pada tubuh mereka, menunjukkan mereka mungkin ditanam hidup-hidup.
“Kami memerlukan pemeriksaan forensik sekitar 20 mayat untuk orang yang kami duga telah ditanam hidup-hidup,” kata Mughier.
Ketua jabatan pertahanan awam di selatan Khan Younis di mana Hospital Nasser terletak, Yamen Abu Sulaiman berkata tiga kubur besar berasingan ditemui di fasiliti itu iaitu satu di belakang bilik mayat, satu di hadapan bilik mayat, dan satu berhampiran bangunan dialisis.
Hanya 65 mayat dikenal pasti saudara-mara daripada 392 mayat ditemui disebabkan pereputan, kecacatan dan penyeksaan atau kesulitan lain, katanya, sambil menambah mayat-mayat itu “disusun bersama”, menunjukkan adanya tanda-tanda hukuman mati di lapangan.
Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk menggesa “penyiasatan bebas, berkesan dan telus” terhadap kematian itu.
“Hospital berhak mendapat perlindungan yang sangat istimewa di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan pembunuhan sengaja orang awam, tahanan dan lain-lain yang menjadi hors de combat adalah jenayah perang,” kata Turk minggu ini. – The Merdeka Times