Connect with us

Terkini

Fahmi arah MCMC ambil tindakan, kesan individu ulang siar video lama

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata video tular di TikTok dimuat naik pemilik akaun @janggut.putih yang didakwa membuat fitnah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek merupakan rakaman pada tahun 2019.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata video tular di TikTok dimuat naik pemilik akaun @janggut.putih yang didakwa memfitnah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek merupakan rakaman pada tahun 2019.
  • Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR mendakwa rakaman itu sengaja diulang siar kerana mahu menimbulkan rasa marah.
  • “Terima kasih. Ini video dari 2019, recycled (disiar semula) untuk sengaja timbulkan rasa marah. @MCMC_RASMI akan kesan suspek dan ambil tindakan,” katanya menerusi ruangan komen seorang pengguna media sosial di platform X @PejuangPH.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata video tular di TikTok dimuat naik pemilik akaun @janggut.putih yang didakwa memfitnah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek merupakan rakaman pada tahun 2019.

Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR mendakwa rakaman itu sengaja diulang siar kerana mahu menimbulkan rasa marah.

“Terima kasih. Ini video dari 2019, recycled (disiar semula) untuk sengaja timbulkan rasa marah. @MCMC_RASMI akan kesan suspek dan ambil tindakan,” katanya menerusi ruangan komen seorang pengguna media sosial di platform X @PejuangPH.

Terdahulu @PejuangPH memuat naik tangkap layar memaparkan maklumat akaun @janggut.putih kerana didakwa membuat fitnah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

“@FadhlinaSiddiq, @fahmi_fadzil sediakan surat saman,” katanya.

Fahmi baru-baru ini mengarahkan laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap satu hantaran media sosial kononnya berbilion wang royalti Kelantan dan Terengganu dimasukkan ke akaun parti itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Fahmi Fadzil di Facebook.

Dakwaan itu dibuat penama ‘Sabrizan Salleh’ yang dimuat naik melalui Facebook Jabatan Netizen Negara (Official) pada Jumaat lalu.

Pada Mac lalu, MCMC memaklumkan sebanyak 35,490 kandungan provokatif diturunkan pada 2023, manakala 27,115 kandungan diturunkan bagi dua bulan pertama tahun ini.

Katanya terdapat peningkatan ketara kandungan memudaratkan di media sosial dan platform Over The Top (OTT). – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *