Antarabangsa
Paderi tradisional Ghana kahwin gadis 12 tahun
Paderi tradisional berpengaruh berusia 63 tahun mencetuskan kemarahan di Ghana atas tindakannya mengahwini seorang gadis berusia 12 tahun.
- Paderi tradisional berpengaruh berusia 63 tahun mencetuskan kemarahan di Ghana atas tindakannya mengahwini seorang gadis berusia 12 tahun.
- BBC melaporkan paderi Nuumo Borketey Laweh Tsuru XXXIII mengahwini isterinya dalam sebuah upacara adat diadakan pada Sabtu.
- Menghadapi kritikan, pemimpin masyarakat setempat mengatakan ramai yang tidak memahami adat dan tradisi mereka.
- Umur minimum undang-undang Ghana membenarkan perkahwinan adalah 18 tahun dan perkahwinan kanak-kanak dilaporkan menurun, walaupun ia masih tetap berlaku.
- Menurut kempen global NGO Girls Not Brides, 19 peratus gadis di Ghana berkahwin sebelum mencapai umur 18 tahun dan lima peratus berkahwin sebelum hari kelahiran mereka yang ke-15.
Paderi tradisional berpengaruh berusia 63 tahun mencetuskan kemarahan di Ghana atas tindakannya mengahwini seorang gadis berusia 12 tahun.
BBC melaporkan paderi Nuumo Borketey Laweh Tsuru XXXIII mengahwini isterinya dalam sebuah upacara adat diadakan pada Sabtu.
Menghadapi kritikan, pemimpin masyarakat setempat mengatakan ramai yang tidak memahami adat dan tradisi mereka.
Umur minimum undang-undang Ghana membenarkan perkahwinan adalah 18 tahun dan perkahwinan kanak-kanak dilaporkan menurun, walaupun ia masih tetap berlaku.
Menurut kempen global NGO Girls Not Brides, 19 peratus gadis di Ghana berkahwin sebelum mencapai umur 18 tahun dan lima peratus berkahwin sebelum hari kelahiran mereka yang ke-15.
Pengkritik menggesa pihak berkuasa untuk membubarkan perkahwinan dan menyiasat paderi Tsuru.
Pemimpin masyarakat pribumi Nungua, yang merupakan komuniti asal gadis dan paderi itu mengecam penentangan orang ramai terhadap perkahwinan mereka, mengatakan kritikan itu “datang atas sebab kejahilan.”
Seorang ketua masyarakat tempatan, Nii Bortey Kofi Frankwa II pada Ahad berkata peranan gadis itu sebagai isteri paderi adalah “tradisi dan adat semata-mata”.
Tambahnya, gadis itu memulakan upacara untuk menjadi isteri paderi enam tahun lalu tetapi proses itu tidak mengganggu pendidikannya.
Gadis itu dijangka menjalani upacara adat kedua untuk menyucikannya dalam peranan barunya sebagai isteri paderi tinggi itu. Majlis itu juga akan menyediakannya untuk tanggungjawab rumah tangga seperti melahirkan anak, lapor media tempatan.
Tsuru merupakan “Gborbu Wulomo” atau paderi tradisional tinggi dalam komuniti pribumi Nungua di bandar Accra.
Pihak berkuasa kerajaan masih belum bertindak balas terhadap perkahwinan kontroversi itu.
Undang-undang Ghana mengiktiraf perkahwinan adat, tetapi tidak membenarkan perkahwinan kanak-kanak atas nama budaya atau tradisi. – The Merdeka Times