Connect with us

Antarabangsa

Paderi tradisional Ghana kahwin gadis 12 tahun

Paderi tradisional berpengaruh berusia 63 tahun mencetuskan kemarahan di Ghana atas tindakannya mengahwini seorang gadis berusia 12 tahun.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Paderi tradisional berpengaruh berusia 63 tahun mengahwini seorang gadis berusia 12 tahun.
  • Paderi tradisional berpengaruh berusia 63 tahun mencetuskan kemarahan di Ghana atas tindakannya mengahwini seorang gadis berusia 12 tahun.
  • BBC melaporkan paderi Nuumo Borketey Laweh Tsuru XXXIII mengahwini isterinya dalam sebuah upacara adat diadakan pada Sabtu.
  • Menghadapi kritikan, pemimpin masyarakat setempat mengatakan ramai yang tidak memahami adat dan tradisi mereka.
  • Umur minimum undang-undang Ghana membenarkan perkahwinan adalah 18 tahun dan perkahwinan kanak-kanak dilaporkan menurun, walaupun ia masih tetap berlaku.
  • Menurut kempen global NGO Girls Not Brides, 19 peratus gadis di Ghana berkahwin sebelum mencapai umur 18 tahun dan lima peratus berkahwin sebelum hari kelahiran mereka yang ke-15.

Paderi tradisional berpengaruh berusia 63 tahun mencetuskan kemarahan di Ghana atas tindakannya mengahwini seorang gadis berusia 12 tahun.

BBC melaporkan paderi Nuumo Borketey Laweh Tsuru XXXIII mengahwini isterinya dalam sebuah upacara adat diadakan pada Sabtu.

Menghadapi kritikan, pemimpin masyarakat setempat mengatakan ramai yang tidak memahami adat dan tradisi mereka.

Umur minimum undang-undang Ghana membenarkan perkahwinan adalah 18 tahun dan perkahwinan kanak-kanak dilaporkan menurun, walaupun ia masih tetap berlaku.

Menurut kempen global NGO Girls Not Brides, 19 peratus gadis di Ghana berkahwin sebelum mencapai umur 18 tahun dan lima peratus berkahwin sebelum hari kelahiran mereka yang ke-15.

Pengkritik menggesa pihak berkuasa untuk membubarkan perkahwinan dan menyiasat paderi Tsuru.

Pemimpin masyarakat pribumi Nungua, yang merupakan komuniti asal gadis dan paderi itu mengecam penentangan orang ramai terhadap perkahwinan mereka, mengatakan kritikan itu “datang atas sebab kejahilan.”

Seorang ketua masyarakat tempatan, Nii Bortey Kofi Frankwa II pada Ahad berkata peranan gadis itu sebagai isteri paderi adalah “tradisi dan adat semata-mata”.

Tambahnya, gadis itu memulakan upacara untuk menjadi isteri paderi enam tahun lalu tetapi proses itu tidak mengganggu pendidikannya.

Gadis itu dijangka menjalani upacara adat kedua untuk menyucikannya dalam peranan barunya sebagai isteri paderi tinggi itu. Majlis itu juga akan menyediakannya untuk tanggungjawab rumah tangga seperti melahirkan anak, lapor media tempatan.

Tsuru merupakan “Gborbu Wulomo” atau paderi tradisional tinggi dalam komuniti pribumi Nungua di bandar Accra.

Pihak berkuasa kerajaan masih belum bertindak balas terhadap perkahwinan kontroversi itu.

Undang-undang Ghana mengiktiraf perkahwinan adat, tetapi tidak membenarkan perkahwinan kanak-kanak atas nama budaya atau tradisi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending