Antarabangsa
Tindakan Biden isytihar Trans Visibility Day ketika perayaan Kristian cetus kemarahan
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berdepan kritikan golongan konservatif dan agama yang mencemuh tindakannya mengisytiharkan 31 Mac sebagai Transgender Day of Visibility untuk tahun ini.
- Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berdepan kritikan golongan konservatif dan agama mencemuh tindakannya mengisytiharkan 31 Mac sebagai Transgender Day of Visibility untuk tahun ini.
- Tarikh itu pada tahun ini bertepatan dengan hari Ahad Easter atau Paskah yang merupakan hari kebesaran penganut Kristian.
- Sambutan itu direka untuk “menghormati keberanian dan sumbangan luar biasa warga transgender AS dan mengesahkan komitmen negara kita untuk membentuk kesatuan yang lebih sempurna,” kata Rumah Putih dipetik RT.
- Tradisi meraikan kejayaan golongan transgender pada hari terakhir bulan Mac bermula pada 2009 dan tidak akan jatuh pada hari Ahad Paskah lagi sehingga 2086.
- Bagaimanapun, pertemuan tarikh pada tahun ini mencetuskan kemarahan pengkritik konservatif dengan sesetengah pihak menggelarnya sebagai “penghinaan mutlak” sehingga menjenamakan Demokrat sebagai “kultus syaitan”.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berdepan kritikan golongan konservatif dan agama yang mencemuh tindakannya mengisytiharkan 31 Mac sebagai Transgender Day of Visibility untuk tahun ini.
Tarikh itu pada tahun ini bertepatan dengan hari Ahad Easter atau Paskah yang merupakan hari kebesaran penganut Kristian.
Sambutan itu direka untuk “menghormati keberanian dan sumbangan luar biasa warga transgender AS dan mengesahkan komitmen negara kita untuk membentuk kesatuan yang lebih sempurna,” kata Rumah Putih dipetik RT.
“Hari ini, kami menghantar mesej kepada semua transgender Amerika: Kamu disayangi. Kamu didengari. Kamu difahami. Ini tempat kamu. Kamu adalah Amerika, termasuk seluruh Pentadbiran saya, dan sokongan saya untuk kamu semua,” kata Biden dalam pengisytiharan pada Jumaat.
Tradisi meraikan kejayaan golongan transgender pada hari terakhir bulan Mac bermula pada 2009 dan tidak akan jatuh pada hari Ahad Paskah lagi sehingga 2086.
Bagaimanapun, pertemuan tarikh pada tahun ini mencetuskan kemarahan pengkritik konservatif dengan sesetengah pihak menggelarnya sebagai “penghinaan mutlak” sehingga menjenamakan Demokrat sebagai “kultus syaitan”.
“Satu tamparan ke muka ratusan juta warga Kristian di Amerika dan di seluruh dunia,” kata Jim Blanks, calon Senat parti Republikan.
“Tiada batasan yang Demokrat tidak akan langkah untuk mencemuh kepercayaan anda, supaya diabainya Tuhan (to thumb his nose at God),” kata Ahli Kongres Georgia Marjorie Taylor Greene.
Bekas presiden dan calon Republikan Donald Trump juga memberi respon terhadap kontroversi itu, melabel ia langkah “menghinakan” dan menuduh pentadbiran Biden melakukan “serangan panjang bertahun lama terhadap kepercayaan Kristian.” – The Merdeka Times