Connect with us

Antarabangsa

Menteri Israel kutuk permintaan Jerman selamatkan anak yatim Gaza

Dua menteri Israel pada Selasa mengutuk operasi tentera menyelamatkan 70 anak yatim Palestin dari wilayah Gaza yang dipindahkan ke Tebing Barat atas permintaan Jerman.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Menteri Israel kutuk permintaan Jerman selamatkan anak yatim Gaza
Foto: Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir (kiri) & Menteri Kewangan sayap kanan, Bezalel Smotrich (kanan).
  • Dua menteri Israel pada Selasa mengutuk operasi tentera menyelamatkan 70 anak yatim Palestin dari wilayah Gaza yang dipindahkan ke Tebing Barat atas permintaan Jerman.
  • Menurut Channel 12 Israel, Kedutaan Jerman di Israel meminta Tel Aviv memindahkan anak-anak yatim dari kawasan Gaza yang terkepung di bawa ke Tebing Barat.
  • “Saya menuntut penjelasan daripada perdana menteri tentang siapa dan dengan kuasa apa perintah tidak bermoral ini diberikan, sedangkan tebusan kami dan anak-anak mereka ditawan oleh musuh,” kata Smotrich dipetik agensi berita Anadolu.
  • Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir yang juga berhaluan kanan mengatakan operasi itu satu “langkah kemanusiaan palsu”.

Dua menteri Israel pada Selasa mengutuk operasi tentera menyelamatkan 70 anak yatim Palestin dari wilayah Gaza yang dipindahkan ke Tebing Barat atas permintaan Jerman.

Menurut Channel 12 Israel, Kedutaan Jerman di Israel meminta Tel Aviv memindahkan anak-anak yatim dari kawasan Gaza yang terkepung ke Tebing Barat.

Anak-anak yatim itu dilaporkan ditemani puluhan kakitangan dewasa SOS Children’s Village dari bandar Rafah, selatan wilayah Gaza.

Saluran berita itu berkata operasi tersebut diluluskan Majlis Keselamatan Negara dengan penyelarasan bersama Pentadbiran Awam.

“Dia yang berbelas kasihan kepada yang kejam akhirnya akan menjadi kejam kepada yang berbelas kasihan,” kata Menteri Kewangan sayap kanan, Bezalel Smotrich di platform X memetik pepatah pendeta Yahudi.

“Saya menuntut penjelasan daripada perdana menteri tentang siapa dan dengan kuasa apa perintah tidak bermoral ini diberikan, sedangkan tebusan kami dan anak-anak mereka ditawan oleh musuh,” kata Smotrich dipetik agensi berita Anadolu.

Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir yang juga berhaluan kanan mengatakan operasi itu satu “langkah kemanusiaan palsu”.

“Ini bukan cara negara yang berusaha untuk mendapatkan kemenangan mutlak dijalankan.

“Dalam peperangan, anda perlu menumpaskan musuh, tanpa bersikap suci sepanjang masa,” kata Ben-Gvir.

Setakat ini, komen daripada Kedutaan Jerman berkaitan laporan itu belum ditemui. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *