Antarabangsa
Tuduhan “jihad cinta”, Saluran TV India didenda kandungan sasar Muslim
Badan Penyiaran Berita dan Piawaian Digital (NBDSA) mendenda beberapa saluran televisyen dan mengarahkan program tertentu dialih keluar dari laman web mereka kerana menyebarkan kebencian dan ketidakharmonian kaum dan “tidak sesuai”.

- Badan Penyiaran Berita dan Piawaian Digital (NBDSA) mendenda beberapa saluran televisyen dan mengarahkan program tertentu dialih keluar dari laman web mereka kerana menyebarkan kebencian dan ketidakharmonian kaum dan “tidak sesuai”.
- Badan kawal selia berita India itu juga mengenakan denda Rs 1 lakh (RM5,674.67) ke atas TimesNow Navbharat dan Rs 50,000 (RM 2,837.39) terhadap News18 India berdasarkan aduan difailkan aktivis Indrajeet Ghorpade untuk rancangan berita mereka berkenaan “jihad cinta”.
- ‘Cinta jihad’ adalah istilah digunakan aktivis sayap kanan terhadap lelaki Islam di India yang didakwa wujud konspirasi untuk menambah penduduk beragama Islam di negara itu dengan mencintai dan mengahwini wanita beragama Hindu, sekali gus membuatkan mereka memeluk Islam.
- Pelaporan sedemikian “menyebabkan kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki dalam masyarakat dan mewujudkan sikap tidak bertoleransi atau ketidakharmonian agama”, kata Pengerusi NBDSA, Hakim (bersara) A K Sikri dalam kenyataan dipetik Siasat Daily.
NEW DELHI — Badan Penyiaran Berita dan Piawaian Digital (NBDSA) mendenda beberapa saluran televisyen dan mengarahkan program tertentu dialih keluar dari laman web mereka kerana menyebarkan kebencian dan ketidakharmonian kaum dan “tidak sesuai”.
Badan kawal selia berita India itu juga mengenakan denda Rs 1 lakh (RM5,674.67) ke atas TimesNow Navbharat dan Rs 50,000 (RM 2,837.39) terhadap News18 India berdasarkan aduan difailkan aktivis Indrajeet Ghorpade untuk rancangan berita mereka berkenaan “jihad cinta”.
‘Cinta jihad’ adalah istilah digunakan aktivis sayap kanan terhadap lelaki Islam di India yang didakwa wujud konspirasi untuk menambah penduduk beragama Islam di negara itu dengan mencintai dan mengahwini wanita beragama Hindu, sekali gus membuatkan mereka memeluk Islam.
NBDSA memberi amaran kepada Aaj Tak atas liputan keganasannya terhadap Ram Navami yang menyasarkan komuniti tertentu.
Arahan dikeluarkan Pengerusi NBDSA, Hakim (bersara) A K Sikri meminta ketiga-tiga saluran itu menurunkan program dalam talian itu dalam tempoh tujuh hari.
Dalam satu kenyataan dipetik Siasat Daily, NBDSA berkata istilah “jihad cinta” mesti digunakan dengan “introspeksi yang hebat kerana stereotaip agama adalah melanggar Kod Etika dan boleh menghakis fabrik sekular negara”.
Pelaporan sedemikian “menyebabkan kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki dalam masyarakat dan mewujudkan sikap tidak bertoleransi atau ketidakharmonian agama”, katanya. — The Merdeka Times

You must be logged in to post a comment Login