Connect with us

Antarabangsa

Sinagog AS, Kanada jual tanah Palestin untuk penempatan haram

Beberapa rumah ibadat Yahudi (Sinagog) di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada mengadakan pertemuan tertutup penjualan hartanah milik rakyat Palestin mencetuskan kemarahan di seluruh AS.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Beberapa rumah ibadat Yahudi (Sinagog) di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada mengadakan pertemuan tertutup penjualan hartanah milik rakyat Palestin mencetuskan kemarahan di seluruh AS.
  • Salah satu mesyuarat dianjurkan syarikat hartanah Keller Williams berpangkalan di Texas telah dibantah di Englewood, New Jersey.
  • Berpuluh-puluh penunjuk perasaan, termasuk Yahudi pro-keamanan berkumpul di luar Sinagog Ahavath Torah di Englewood, memegang bendera Palestin dan membantah penjualan hartanah kepada Yahudi Zionis Amerika di kawasan penempatan haram.
  • Dikelilingi pengawasan ketat pasukan polis, penunjuk perasaan berkumpul berhampiran rumah ibadat selama berjam-jam melaungkan slogan seperti “Kebebasan untuk Palestin,” “Tamatkan pendudukan Israel,” dan “Penempatan haram mesti dihentikan”.
  • “Kamu tidak boleh menjual tanah yang dicuri,” “Ini adalah pencurian tanah” dan “Jangan niagakan tanah yang dicuri,” kata penunjuk perasaan dipetik agensi berita Anadolu, semalam.

Beberapa rumah ibadat Yahudi (Sinagog) di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada mengadakan pertemuan tertutup penjualan hartanah milik rakyat Palestin mencetuskan kemarahan di seluruh AS.

Salah satu mesyuarat dianjurkan syarikat hartanah Keller Williams berpangkalan di Texas telah dibantah di Englewood, New Jersey.

Berpuluh-puluh penunjuk perasaan, termasuk Yahudi pro-keamanan berkumpul di luar Sinagog Ahavath Torah di Englewood, memegang bendera Palestin dan membantah penjualan hartanah kepada Yahudi Zionis Amerika di kawasan penempatan haram.

Dikelilingi pengawasan ketat pasukan polis, penunjuk perasaan berkumpul berhampiran rumah ibadat selama berjam-jam melaungkan slogan seperti “Kebebasan untuk Palestin,” “Tamatkan pendudukan Israel” dan “Penempatan haram mesti dihentikan”.

“Kamu tidak boleh menjual tanah yang dicuri,” “Ini adalah pencurian tanah” dan “Jangan niagakan tanah yang dicuri,” kata penunjuk perasaan dipetik agensi berita Anadolu, semalam.

Leila Hazou, anak perempuan warga Palestin yang dilahirkan di Baitulmaqdis berkata dia datang dari Milford, Pennsylvania, sejauh dua jam perjalanan, untuk membantah “ketidakadilan paling besar zaman kita ini.”

“Ia satu keadaan yang menjijikkan bagi saya bahawa tanah dan hartanah bukan milik mereka dan diduduki secara haram dijual mereka.

“Ia menyalahi undang-undang dan salah dari segi moral dalam pelbagai keadaan. Ini tidak sepatutnya berlaku di negara ini atau di mana-mana sahaja. 

“Itulah sebabnya kami terpaksa berada di sini untuk menolaknya,” kata Leila. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *