Antarabangsa
Pope label ideologi jantina “bahaya paling hodoh”
Pope Francis mengutuk teori jantina sebagai “ideologi hodoh zaman kita”, memberi amaran tindakan menghapuskan perbezaan jantina pencetus ancaman kepada manusia.
- Pope Francis mengutuk teori jantina sebagai “ideologi hodoh zaman kita”, memberi amaran tindakan menghapuskan perbezaan jantina pencetus ancaman kepada manusia.
- Ketua Kristian Katolik itu berkata demikian di simposium antarabangsa ‘Lelaki-Wanita: Imej Tuhan’ di Vatican pada Jumaat lalu.
- “Perjumpaan ini penting untuk diadakan, perjumpaan di antara lelaki dan wanita, kerana perkara yang paling hodoh hari ini, bahaya yang paling buruk adalah ideologi jantina, yang tidak mengiktiraf perbezaan, dengan hujah bahawa ‘tidak mengiktiraf perbezaan bermakna membatalkan kemanusiaan’,” kata Pope berusia 87 tahun itu dipetik RT.
- Kenyataan Pope itu dibuat dengan merujuk kepada sebuah novel distopia, “Lord of the World” yang diterbitkan pada 1907 oleh seorang paderi Katolik.
- Komen itu dilihat bertentangan dengan keputusan Vatican baru-baru ini yang membenarkan pemberian restu pasangan sejenis yang dilihat sesetengah pihak bertujuan menjadikan gereja yang mengekalkan larangan ketat terhadap perkahwinan gay, lebih terbuka terhadap masyarakat LGBTQ.
Pope Francis mengutuk teori jantina sebagai “ideologi hodoh zaman kita”, memberi amaran tindakan menghapuskan perbezaan jantina pencetus ancaman kepada manusia.
Ketua Kristian Katolik itu berkata demikian di simposium antarabangsa ‘Lelaki-Wanita: Imej Tuhan’ di Vatican pada Jumaat lalu.
“Perjumpaan ini penting untuk diadakan, perjumpaan di antara lelaki dan wanita, kerana perkara yang paling hodoh hari ini, bahaya yang paling buruk adalah ideologi jantina, yang tidak mengiktiraf perbezaan, dengan hujah bahawa ‘tidak mengiktiraf perbezaan bermakna membatalkan kemanusiaan’,” kata Pope berusia 87 tahun itu dipetik RT.
Kenyataan Pope itu dibuat dengan merujuk kepada sebuah novel distopia, “Lord of the World” yang diterbitkan pada 1907 oleh seorang paderi Katolik.
Komen itu dilihat bertentangan dengan keputusan Vatican baru-baru ini yang membenarkan pemberian restu pasangan sejenis yang dilihat sesetengah pihak bertujuan menjadikan gereja yang mengekalkan larangan ketat terhadap perkahwinan gay, lebih terbuka terhadap masyarakat LGBTQ.
Dokumen bertajuk ‘Fiducia Supplicans’ diluluskan Pope Francis Disember tahun lalu dengan tujuan mengkaji “kemungkinan memberkati pasangan dalam situasi luar biasa dan untuk pasangan sesama jantina,” dengan syarat ia tidak “diberikan secara serentak dengan upacara kesatuan sivil dan yang berkaitan dengannya”.
Keputusan Vatican itu dikecam Gereja Ortodoks Russia yang berhujah bahawa pandangan Gereja Katolik terhadap pasangan sejenis bertentangan dengan ajaran Kristian. – The Merdeka Times