Connect with us

Antarabangsa

Cadangan perjanjian gencatan senjata Gaza yang bocor tidak memenuhi tuntutan – Hamas

Hamas berkata cadangan perjanjian gencatan senjata yang bocor sebelum ini tidak memenuhi tuntutannya selepas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dilaporkan menyebut gencatan senjata bakal dicapai beberapa hari lagi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pegawai kanan Hamas, Osama Hamdan.
  • Hamas berkata cadangan perjanjian gencatan senjata yang bocor sebelum ini tidak memenuhi tuntutannya selepas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dilaporkan menyebut gencatan senjata bakal dicapai beberapa hari lagi.
  • Pegawai Hamas berkata komen Biden itu terlalu awal dan tiada persetujuan sedemikian dicapai setakat ini.
  • “Isu utama dan penting gencatan senjata dan pengunduran tentera Israel tidak dinyatakan dengan jelas dan ini melambatkan pencapaian persetujuan,” kata pegawai tidak dinamakan kepada Reuters dipetik MEE pada Selasa.
  • Cadangan bocor dilaporkan Al Jazeera dan Reuters melibatkan jeda sementara pertempuran, pertukaran separa tahanan, pemulangan beransur-ansur dan terhad penduduk Palestin terusir ke utara Gaza, kemasukan 500 trak bantuan, dan pembaikian hospital dan kedai roti dimusnahkan Israel.

Hamas berkata cadangan perjanjian gencatan senjata yang bocor sebelum ini tidak memenuhi tuntutannya selepas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dilaporkan menyebut gencatan senjata bakal dicapai beberapa hari lagi.

Pegawai Hamas berkata komen Biden itu terlalu awal dan tiada persetujuan sedemikian dicapai setakat ini.

“Isu utama dan penting gencatan senjata dan pengunduran tentera Israel tidak dinyatakan dengan jelas dan ini melambatkan pencapaian persetujuan,” kata pegawai tidak dinamakan kepada Reuters dipetik MEE pada Selasa.

Cadangan bocor dilaporkan Al Jazeera dan Reuters melibatkan jeda sementara pertempuran, pertukaran separa tahanan, pemulangan beransur-ansur dan terhad penduduk Palestin terusir ke utara Gaza, kemasukan 500 trak bantuan, dan pembaikian hospital dan kedai roti dimusnahkan Israel.

Osama Hamdan, pegawai kanan Hamas berkata draf bocor itu dipromosikan untuk tujuan “propaganda”.

“Draf Sidang Kemuncak Paris merupakan cadangan Amerika dan matlamatnya adalah untuk memberi (Perdana Menteri Israel Benjamin) Netanyahu lebih masa untuk bersedia bagi melancarkan serangan baharu,” kata Hamdan.

Hamdan juga menuduh rejim Israel terus “mengelak (melaksanakan) kewajipannya”.

Hamdan berkata Hamas bertegas supaya perang Israel ke atas Gaza ditamatkan secara kekal, kepungan Israel ditarik balik dan pelancaran semula projek pembinaan di wilayah terkepung tanpa sekatan rejim itu.

Hamas kini sedang meneliti cadangan yang dibincangkan pada mesyuarat di Paris minggu lalu antara Israel, Amerika Syarikat dan pengantara dari Mesir dan Qatar.

Peperangan Israel ke atas Gaza membunuh sekurang-kurangnya 29,878 rakyat Palestin di Gaza sejak 7 Oktober lalu, dengan Lebih 70 peratus mangsa adalah wanita dan kanak-kanak, demikian menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Lebih daripada 70,215 yang lain cedera dan 7,000 hilang, dipercayai terkorban dan tertimbus di bawah runtuhan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *