Antarabangsa
(VIDEO) Tiga daripada empat kurma Medjool dikeluarkan Israel
Antara kurma yang tidak asing dan dikenali ramai adalah kurma Medjool yang mana tiga daripada empat pengeluaran kurma itu dihasilkan pengeluar dari negara haram Israel.
- Antara kurma yang tidak asing dan dikenali ramai adalah kurma Medjool yang mana tiga daripada empat pengeluaran kurma itu dihasilkan pengeluar dari negara haram Israel.
- Dalam setiap pembelian kurma Medjool, adanya kemungkinan besar ia ditanam di tanah pendudukan warga Palestin yang dicuri.
- Israel disenaraikan sebagai pengeksport kurma kedua terbesar dunia dengan nilai $317 juta pada 2021, lapor Inminds dengan memetik Biro Pusat Perangkaan Israel dan Pangkalan Data Perdagangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
- Kurma merupakan tanaman yang paling menguntungkan Israel dengan perolehan hasil 2.5 kali lebih banyak daripada hasil segar lain negara itu pada 2021.
- Pengguna disaran meneliti kod bar bagi mengelak pembelian kod bar dengan nombor permulaan 729 kerana ia nombor khusus buat syarikat berpangkalan di Israel walaupun tidak semestinya produk akhirnya dicipta di negara haram itu.
Antara kurma yang tidak asing dan dikenali ramai adalah kurma Medjool yang mana tiga daripada empat pengeluaran kurma itu dihasilkan pengeluar dari negara haram Israel.
Dalam setiap pembelian kurma Medjool, adanya kemungkinan besar ia ditanam di tanah pendudukan warga Palestin yang dicuri.
Israel disenaraikan sebagai pengeksport kurma kedua terbesar dunia dengan nilai $317 juta pada 2021, lapor Inminds dengan memetik Biro Pusat Perangkaan Israel dan Pangkalan Data Perdagangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kurma merupakan tanaman yang paling menguntungkan Israel dengan perolehan hasil 2.5 kali lebih banyak daripada hasil segar lain negara itu pada 2021.
Menurut Pangkalan Data PBB, United Kingdom (UK) mengimport tiga kali ganda lebih banyak kurma dari Israel berbanding mana-mana negara lain dengan nilai $25 juta pada 2021.
Selain ditanam di atas tanah yang dicuri dan dituntut sebagai “hasil Palestin,” Israel dengan terbuka mengubah-ubah label pada kurmanya berdasarkan permintaan pengedar merujuk dokumentari Al Jazeera pada 2012 berkaitan perkara itu.
Perkara itu diandaikan berlaku atas tujuan menyasarkan pasaran umat Islam semasa Ramadan apabila jualan Medjool dari Israel dicatat melonjak sebanyak 57 peratus.
Selain usaha pemeriksaan label dalam pembelian, pengguna disaran meneliti kod bar bagi mengelak pembelian kod bar dengan nombor permulaan 729 kerana ia nombor khusus buat syarikat berpangkalan di Israel walaupun tidak semestinya produk akhirnya dicipta di negara haram itu. – The Merdeka Times