Connect with us

Antarabangsa

Netanyahu dakwa akan capai “kemenangan total” di Gaza beberapa minggu lagi

Tentera Israel akan mencapai “kemenangan total” dalam perang ke atas Hamas sebaik saja serangan darat besar-besaran di Rafah dilakukan, kata Benjamin Netanyahu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Tentera Israel akan mencapai “kemenangan total” dalam perang ke atas Hamas sebaik saja serangan darat besar-besaran di Rafah dilakukan, kata Benjamin Netanyahu.
  • Kerajaan Perdana Menteri Israel itu berdepan tekanan antarabangsa untuk membatalkan kempen Rafah kerana kira-kira 1.4 juta orang awam berlindung di situ selepas diusir dari bahagian lain di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel. 
  • Netanyahu berkata masyarakat awam akan dipindahkan ke kawasan dibersihkan di utara Rafah sebelum tentera rejim Israel menyerbu kubu terakhir Hamas di Gaza.
  • Bercakap dalam wawancara CBS News pada Ahad, Netanyahu berkata serangan rejim zionis di Rafah akan ditangguhkan seketika jika gencatan senjata sementara dirundingkan dengan Hamas, tetapi lambat laun ia tetap akan berlaku.

Tentera Israel akan mencapai “kemenangan total” dalam perang ke atas Hamas sebaik saja serangan darat besar-besaran di Rafah dilakukan, kata Benjamin Netanyahu.

Kerajaan Perdana Menteri Israel itu berdepan tekanan antarabangsa untuk membatalkan kempen Rafah kerana kira-kira 1.4 juta orang awam berlindung di situ selepas diusir dari bahagian lain di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel. 

Netanyahu berkata masyarakat awam akan dipindahkan ke kawasan dibersihkan di utara Rafah sebelum tentera rejim Israel menyerbu kubu terakhir Hamas di Gaza.

Bercakap dalam wawancara CBS News pada Ahad, Netanyahu berkata serangan rejim zionis di Rafah akan ditangguhkan seketika jika gencatan senjata sementara dirundingkan dengan Hamas, tetapi lambat laun ia tetap akan berlaku.

“Jika perjanjian tak disepakati, kami tetap akan melakukannya.

“Ia perlu dilakukan kerana kemenangan total adalah matlamat kami dan kemenangan menyeluruh dapat dicapai – bukan beberapa bulan lagi, beberapa minggu lagi, sebaik sahaja kami memulakan operasi,”  kata Netanyahu dipetik RT.

“Kemenangan itu dekat dan kamu tidak memperoleh kemenangan sehingga kamu menghapuskan Hamas,” kata Netanyahu, menambah sebaik saja dimulakan operasi Rafah, fasa pertempuran sengit adalah beberapa minggu lagi sebelum ia selesai.

Netanyahu mendakwa tentera Israel memusnahkan 18 daripada 24 batalion Hamas di Gaza dan empat daripada unit masih ada tertumpu di Rafah, berhampiran sempadan genting itu dengan Mesir.

Netanyahu berkata tentera Israel tidak akan memaksa orang awam Palestin ke Mesir, menjejaskan hubungan diplomatik dengan Kaherah. 

Ditanya mengenai tuntutan Amerika Syarikat untuk rancangan “meyakinkan” bagi memindahkan penduduk Gaza dari Rafah, Netanyahu berkata, “Kami tidak perlu didorong. Kami sehaluan dengan AS mengenai perkara ini kerana itulah cara kami melakukannya.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *