Connect with us

Terkini

Peguam mahu penguatkuasa agama lebih laju bertindak dalam isu hina agama, nabi

Seorang pengamal undang-undang meluahkan hasrat untuk melihat penguatkuasa agama atau pejabat agama di negara ini bertindak jauh lebih laju berbanding pihak berkuasa lain dalam hal seperti isu menghina agama dan nabi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor.
  • Peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor mempersoalkan sama ada pelaksanaan undang-undang syarie yang sedia ada di negara, ada dilakukan atau lebih kepada wujud, namun kadang-kadang atau jarang-jarang diguna pakai.
  • Beliau berkata berkesannya sesuatu undang-undang itu bukan hanya sekadar wujud, namun juga perlu pelaksanaannya.
  • “Kadang-kadang teringin juga hendak lihat, bila Pejabat Agama yang paling laju bertindak. Contoh bila ada isu hina agama, hina nabi.
  • “Tetapi selalunya bila netizen dah mula bising-bising. Polis yang bertindak dan dakwaan di mahkamah jenayah. Tiada kenyataan oleh pejabat agama atau penguatkuasa agama. Sehingga sekarang, orang Islam sendiri sudah berani menghina Islam dan nabi melalui kandungan di media sosial.
  • “Malahan isu Hot Daddy juga, saya tunggu tindakan, kenyataan dari pejabat agama atau penguatkuasaan agama tetapi masih tiada. Sekali lagi, polis buat kerja dan dakwaan di mahkamah jenayah.
  • “Kadang-kadang seronok membayangkan kalau perlaksanaan itu kuat seperti LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) atau KWSP sehinggakan jika dimuat naik kesalahan di media sosial, ada komen “Pejabat Agama is watching you…“, seperti mana apabila pempengaruh mempamerkan kekayaan dan diperli netizen tentang cukai pendapatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Seorang pengamal undang-undang meluahkan hasrat untuk melihat penguatkuasa agama atau pejabat agama di negara ini bertindak jauh lebih laju berbanding pihak berkuasa lain dalam hal seperti isu menghina agama dan nabi.

Peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor mempersoalkan sama ada pelaksanaan undang-undang syarie yang sedia ada di negara, ada dilakukan atau lebih kepada wujud, namun kadang-kadang atau jarang-jarang diguna pakai.

Beliau berkata berkesannya sesuatu undang-undang itu bukan hanya sekadar wujud, namun juga perlu pelaksanaannya.

“Kadang-kadang teringin juga hendak lihat, bila Pejabat Agama yang paling laju bertindak. Contoh bila ada isu hina agama, hina nabi.

“Tetapi selalunya bila netizen dah mula bising-bising. Polis yang bertindak dan dakwaan di mahkamah jenayah. Tiada kenyataan oleh pejabat agama atau penguatkuasa agama. Sehingga sekarang, orang Islam sendiri sudah berani menghina Islam dan nabi melalui kandungan di media sosial.

“Malahan isu Hot Daddy juga, saya tunggu tindakan, kenyataan dari pejabat agama atau penguatkuasaan agama tetapi masih tiada. Sekali lagi, polis buat kerja dan dakwaan di mahkamah jenayah.

“Kemudian kerana isu Hot Daddy itu, jadi hambar lepas dakwaan mahkamah. Tidak diambil tindakan serius oleh pihak berwajib agama. Dia dijulang-julang kembali oleh pengikut mempunyai minat sama,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Zabetha berkata begitu juga dengan kes melibatkan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang bertahun lamanya sudah berlaku.

Katanya, siapa yang mengikuti siri provokasi Sajat menerusi pelbagai isu pasti sedar, tindakan diambil adalah ‘dihujung-hujung’ bukan dari awal provokasi dilakukan.

“Kadang-kadang seronok membayangkan kalau perlaksanaan itu kuat seperti LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) atau KWSP sehinggakan jika dimuat naik kesalahan di media sosial, ada komen “Pejabat Agama is watching you…“, seperti mana apabila pempengaruh mempamerkan kekayaan dan diperli netizen tentang cukai pendapatan.

“Yang nyata memang kita tahu LHDN itu keras dan kita tahu mereka akan mengambil tindakan.

“Usaha untuk memperjuangkan memperkasa undang-undang Islam ini sudah bertahun-tahun lamanya. Antara kes yang saya belajar adalah Natrah Hertogh. Perjuangan demi perjuangan tetapi kalau tidak diteruskan, lama kelamaan bakal jadi hambar juga,” kata Zabetha. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *