Connect with us

Terkini

(VIDEO) Jangan normalisasi maksiat untuk raih populariti – Menteri Agama

Pempengaruh media diingatkan supaya tidak mencipta sensasi sehingga sanggup menormalisasikan perkara maksiat dan mungkar kerana menagih populariti.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Mohd Nai'im Mokhtar.
  • Menteri Agama, Datuk Mohd Nai’im Mokhtar meminta pempengaruh media untuk bertanggungjawab kepada agama dan negara serta sentiasa menunjukkan contoh akhlak terbaik kepada masyarakat.
  • Na’im juga melahirkan rasa terkejut dengan tindakan sebuah program podcast yang mengundang seorang individu yang sedang dibicarakan di mahkamah berkaitan aktiviti persundalan sebagai tetamu.
  • “Nabi SAW bersabda bermaksud: Seorang Mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia berada di bawah gunung, dia takut gunung itu akan menghempapnya. Sedangkan orang fajir (derhaka), yang jahat dia melihat dosa-dosanya seperti melihat lalat hinggap di hidungnya’-Riwayat al-Tirmizi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mohd Na’im berkata pihaknya akan berbincang dengan agensi agama terlibat untuk melihat sama ada sebarang kesalahan atau kemungkinan ada kesalahan dilakukan pengendali podcast itu di bawah enakmen jenayah syariah di negeri-negeri seperti mempromosikan perkara maksiat.

KUALA LUMPUR — Pempengaruh media diingatkan supaya tidak mencipta sensasi sehingga sanggup menormalisasikan perkara maksiat dan mungkar kerana menagih populariti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Nai’im Mokhtar meminta pempengaruh media untuk bertanggungjawab kepada agama dan negara serta sentiasa menunjukkan contoh akhlak terbaik kepada masyarakat.

Na’im juga melahirkan rasa terkejut dengan tindakan sebuah program podcast yang mengundang seorang individu yang sedang dibicarakan di mahkamah berkaitan aktiviti persundalan sebagai tetamu.

Katanya, amat jelas sebarang aktiviti persundalan adalah satu perlakuan jijik di sisi agama.

“Nabi SAW bersabda bermaksud: Seorang Mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia berada di bawah gunung, dia takut gunung itu akan menghempapnya. Sedangkan orang fajir (derhaka), yang jahat dia melihat dosa-dosanya seperti melihat lalat hinggap di hidungnya’-Riwayat al-Tirmizi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Mohd Na’im berkata pihaknya akan berbincang dengan agensi agama terlibat untuk melihat sama ada sebarang kesalahan atau kemungkinan ada kesalahan dilakukan pengendali podcast itu di bawah enakmen jenayah syariah di negeri-negeri seperti mempromosikan perkara maksiat.

Katanya, pihak agensi agama boleh mengenal pasti kesalahan itu, khususnya di bahagian penguatkuasaan dan pendakwaan serta Mahkamah Syariah boleh melihat sama ada satu kesalahan itu telah dilakukan.

“Semoga dengan tindakan tersebut yang diambil menjadi pengajaran kepada mereka yang mungkin pada masa akan datang bertindak untuk melakukan perbuatan sama. 

“Saya menyeru kepada kita semua untuk insaf dan rasa bertanggungjawab dengan setiap perbuatan dilakukan dan kita perlu bertanggungjawab sebab masyarakat yang perlu dididik yang kita nak bina ini mestilah masyarakat yang tidak akan terpengaruh dengan perkara-perkara tidak baik khususnya yang melanggar nilai nilai agama, budaya dan etika kehidupan kita dalam masyarakat Madani yang hendak kita bina di negara yang tercinta ini,” kata Mohd Na’im.

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor turut meluahkan kekesalan dengan tindakan laman web penstriman yang menjemput ‘Hot Daddy’ sebagai tetamu podcast.

Wan Salim berkata tindakan itu amat mengecewakan, malah ia boleh dianggap sebagai usaha mempromosikan dan menormalisasikan aktiviti persundalan.

Mufti Pulau Pinang itu berkata kerajaan sepatutnya memandang serius perbuatan berkenaan dan mengambil tindakan tegas terhadap kelompok mempromosikan kemungkaran itu kerana ia boleh merosakkan nilai akhlak masyarakat. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *